I Love Nuffnang

Harini, genaplah 5 bulan aku bersama Nuffnang.Banyak pengalaman aku bersama Nuffnang dan apa yang ingin kukatakan adalah :

I Love Nuffnang (Credit Picture to
My-Alia )
 
Sebelum ini ada terbaca di sesetengah blog (pengalaman peribadi mereka)  akan kelebihan/pendapatan mengujakan menyertai syarikat ads blogging yang lain.Memang teruja bila membaca entry mereka mula-mula tu.Aku akui aku pun hampir tergoda,namun setelah berfikir panjang,search Internet dan Google, serta nasihat daripada bloggers-bloggers yang telah lama bertapak di dunia blogging ini, aku rasakan Nuffnang adalah yang terbaik dan aku akan tetap setia dengan Nuffnang.
 
Ehh,setia bersebab bukannya dipaksa .Pengalamanku bersama Nuffnang ,memang Nuffnang begitu best dan inilah alasanku kenapa aku begitu Sayangkan Nuffnang dan aku akan tetap setia bersama Nuffnang :
 
1)Banyak Pengalaman Mengujakan Bersama Nuffnang antaranya :
 

 

 
Premiere Screening
 
Event Nuffnang semuanya mengujakan. Aku rasanya Nuffnang satu-satunya syarikat pengiklanan blog yang begitu prihatin dengan bloggers di bawahnya dan menganjurkan banyak event-event yang menarik .Aku sukakan cara ini kerana aku dapat mengenali dan berkenalan dengan ramai bloggers di luar sana.Memang seronok dan setiap kali ada event Nuffnang aku akan cuba untuk menyertainya dan aku sepanjang 5 bulan  bersama Nuffnang,pengalaman bersama Nuffnang memang menarik dan mempesonakan.Thanks Nuffnang.
 
2)Pendapatan dan Contest-Contest Yang Menarik
 

Terimakasih atas Pendapatan dan Income yang agak Lumayan bagiku
 
Contest yang dianjurkan oleh Nuffnang,memang menarik dan mengujakan .Sekali menang terus ingin mencuba lagi.Kalahpun akan tetap mencuba.Hadiah-hadiah yang ditawarkan begitu menarik dan di atas adalah antara hadiah dan pendapatan ku sepanjang bersama Nuffnang.
Rasanya,sejak bersama Nuffnang sudah hampir RM5K aku perolehi bersama Nuffnang (Pendapatan + Hadiah Nuffnang ). Jadi,faktor inilah salah satu penyebab yang membuatkan aku akan terus setia bersama Nuffnang.Aku tidak sanggup untuk melepaskan event-event dan contest-contest menarik yang dianjurkan di Nuffnang.Pendapatan ku sepanjang 5 bulan ?

 


Seronok,at least boleh cash in tiap-tiap bulan….(aku sudah berpuas hati ,aku masih baru berblog/bersama Nuffnang)
 
3)Staff-Staff Nuffnang begitu profesional dan mesra bloggers
 
 
Pertama kali aku singgah di Pejabat Nuffnang untuk mengambil hadiah, aku sudah cukup terpegun.Suasana di dalam pejabat tersebut begitu meriah dan terus-terang aku pun cukup cemburu keadaan itu.Santai namun ada aura untuk bekerja dengan tenang.Berjumpa dengan Rina  dan cukup profesional layanan mereka.

Begitulah juga bila pertama kali nak bergambar dengan Timothy,mula-mula tu takut juga,yerla,Big Boss Nuffnang,biasanya Boss-bossni sombong dan tak layan orang.Hahahaha…Namun,Timothy cool je,siap tanya nama dan senyum je masa berbual.

 
Robb Chew pun sama,mudah melayan kerenah orang,dulu kalau hantar mesej di Contact Us Nuffnang,dialah antara yang selalu menjawabnya.Pantas dan tuntas pulak tu.Tak sampai 24jam dah balas,memang aku respek dan kagum.Inilah yang kami mahukan,bloggers (ble la dikatakan pekerja) mahukan dan ingin merasakan ‘Feel Like Home’, ‘Feel Good’ dan ‘Rasa Dihargai’ dan itulah yang Nuffnang berikan.”Mesra Bloggers dan Sentiasa turun Padang di Mana jua”.Susah nak perolehi tu.
 
4)Peluang untuk berjumpa popular/Top Bloggers
 
 
Agak-agak kalau aku join Advertising Company yang lain,ada peluangke aku nak jumpa popular bloggers ni ya?Ehh,seronok juga jumpa mereka.Banyak info dan tips yang mereka kongsi .

Contohnya BeautifulNara,cukup senang aku berbual dan bercerita dengannya.Baginya tiada istilah top bloggers/otai di dunia blog ini.Semuanya sama dan samada di atas atau bawah,respeks dan menghormati satu sama lain amatlah penting.Begitu jugalah popular bloggers yang lain.No wonder blog mereka begitu popular.Mereka mudah bergaul dan melayan peminat blog mereka.Syabas.Buat Nuffnang,thanks.Next,teringin juga aku berjumpa dengan Kennysia,Budiey,dan juga yang lain-lain.

 
5)Aku Happy, Keluarga Happy
Sepanjang aku bersama Nuffnang ni,Isteriku memang suka sangat event-event yang diadakan Nuffnang terutamanya Friso Gold.Sebelum ni agak susah untuk kami menghadiri event camni.Namun,Nuffnang membuatkan ianya satu realiti buat kami.Kebahagian dapat dikongsi bersama keluarga.Sebab itu bila difikirkan,aku tak sanggup untuk melepaskan kegembiraan ini.
 
Peluang dan citarasa masing-masing berbeza.Namun,aku gembira dan aku yakin dengan pilihan yang kubuat.Aku rasakan apa yang penting aku perbaiki mutu penulisanku dan tarik lebih ramai pengunjung .Nuffnang memberikan banyak peluang untuk bloggers mengecapi pendapatan,event-event menarik dan Info berguna.
 
Last but not least,tepuk dada tanya selera.Jangan sampai yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.Terimakasih Nuffnang,I Love U Nuffnang.Minatku untuk menulis dan berblogging semakin kuat bersama Nuffnang.
 
P/s : Peluang dan pilihan berada di tangan masing-masing.Think first dan selidiki semua faktor sebelum membuat pilihan.For Me, I will stick with Nuffnang because I am happy with Nuffnang .As I said, I Love Nuffnang. How about u?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

112 thoughts on “I Love Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.