Dalam Kita Bergembira Ada Yang Bersedih


Marilah Sama-Sama Kita Membantu
Dalam Kita bergembira
Ada yang bersedih gulana
Adik Ammar perlukan bantuan kita
Marilah kita sama-sama membantunya
Azmaniza bt Mohamad Kamal rakan Nuffnang dan blogger perlukan bantuan kita
Adik Ammar sakit jantung perlu diubati segera
Hari ini hari dia
Entah esok lusa hari kita pula
Sama-samalah kita membantunya
Membantu apa yang terdaya
Buat entry pun boleh juga
Berblog itu untuk kebaikan bersama
Marilah sama-sama sertai Projek Amal Nuffnang
Bak kata Bang Nara, seringgit seorang kalau semua blogger menyumbang banyak juga jumlahnya
Rakan bukan sahaja di ketika senang
Ketika susah kita perlu membantu mereka
Sumbangan peribadi bolehlah didermakan disini (Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank))
Orang berjasa kita berbudi
InsyaAllah,masuk gaji nanti akan ku kasi sumbangan peribadi
Apa yang kudaya kucuba menambah jumlah yang diingini

Puan Azmaniza maafkan saya

Sudah lama tahu pasal berita ini namun baru sekarang sempat menulisnya
Nak kata sibuk,takdelah tersangat sibuk mana
Kadang-Kadang saya ni mudah lupa
Akan janji yang perlu dikota
Maafkan saya, ya?
Aku faham akan derita si dia
Aku juga pernah mengalaminya
Namun biarlah lain kali saja aku bercerita
Kisah sedih kadang-kadang orang tak suka mendengarnya
Adik Ammar itulah permata
Permata hati puan Azmaniza
Bukakan hati,bukakan mata
Walaupun seringgit besar maknanya
Wahai rakan,wahai pembaca
Marilah kita sama-sama menolongnya
Tepuk dada,tanya selera
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima
Kita bersama mengejar mimpi
Mimpi indah mimpi ngeri

Tidak kira dimana pun kita berdiri
Namun ingatlah, kita masih berkongsi Satu langit, satu bulan, satu matahari
Apa salahnya kita sama-sama berkongsi ?
InsyaAllah,dimurahkan rezeki

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Dalam Kita Bergembira Ada Yang Bersedih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.