Bloggers Gathering | Pengalaman Paintball Yang Mengujakan

Sebelum aku terlupa mengupdatekannya, kali ini aku ingin updatekan pasal gathering yang yang dianjurkan oleh Melz yang diberi nama Big Gathering War Pain(t) Ball | 27 February 2010  .Gathering yang dianjurkan oleh Melz pasti aku akan sertai jika berkesempatan.
Rerakan bloggers yang hadir
Meriah kan?
Gathering ini acara utamanya adalah Paintball.Walaupun tidak semua bermain paintball ini, aku tetap nak main kerana aku tak pernah main paintball. Jadi, peluang sebegini aku tidak lepaskan begitu saja.
Bersama Melromeo, Jogger, Sweetaina @ tunang + rakan-rakan bloggers
Kombat Zone Paintball di KKlub Taman Melawati, KL
Bullet,cantik dilihat, indah dipegang, sakitnya mengancam
Aksi berpaintball diteruskan :
Paintball In Action
Pengalaman berpaintball mengujakan
Namun tidak puas hati bukan kepalang
Suami Kak Tash terror bermain mengalahkan terrorist jalanan
Aku ditembak, peluru belum habis aku sudah kena keluar gelanggang
Paintball in Action seronoknya
Melromeo mangsa tembakan utama
Tak kurang juga Bean Moreno dan Aus kita
Datang lambat tetap berjuang sama
Pengalaman paintball sangat menawan
3 games tak cukup rasanya

Belum cukup puaskan hati dan badan
Lain kali ajak la lagi ya

Memang best, rugi korang tak datang dan tak main tau. Seronok sakan, lepas ni aku nak main lagi bila berkesempatan.
Paintball Mengujakan
Memang terbaik!!
Souvenir/gift untuk dibawa pulang
Oh ya, sedikit gosip sepanjang gathering hari ini :
1)Cik Epal tidak dapat datang kerana Melz tidak sempat membelikan sejambak bunga Ros buatnya.Adushh Melz, kenapa hang tak belikan bunga ros untuk CikEpal?Kalau tak ,boleh rakan-rakan bloggers jumpa Cik Epal.
Adakah Cinta Akan Berputik?
2)Sambungan entry Kalau Sudi Katakan Sudi,  Aus Pergi Membawa Diri sila lah baca sendiri, dan inilah komenku buat Aus :
Eny eny Aus sudah jatuh hati
Buat si Eny gemerlapan di hati

Aus suka bukan sekali
Suka banyak berkali-kali

Aus angau terkenangkan Eny yang jelita hari ini
bukan hari ini tiap-tiap hari
Eny oh Eny terimalah si aus kalini
Merajuk hatinya susah diubati


Aus kini masih mencari
Jika ditolak membawa diri
Terima saja kasih aus ini
Hensemnya mengalahkan Sharifah Aini(hik3)

Sebelum pulang, kami singgah makan di :

Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang, Taman Melati
Pekena Nasi Dagang
Perhh,Nasi Dagang Restoran ni memang terbaik punya. Antara nasi dagang tersedap pernah ku makan di KL. Memang sedap sangat siap aku bungkus dua lagi untuk ku makan dengan Isteri malam ni.Memang sedap, nanti minggu depan aku akan singgah lagi. Memang puas hati , kalau tak percaya, cubalah, memang terbaik.
Terima Kasih tidak terhingga buat Melz kerana menganjurkan event ni. Bukan senang nak buat gathering camni. Last but not least, di sini aku updatekan senarai bloggers yang datang gathering tadi :
3)Eyriqazz (myself)
4)JAI
13)Han
14)Fhad
P/s :Kalau ada sesiapa yang tertinggal ,inform eyriqazz ye?Nanti eyriqazz updatekan list tu balik.
last but not least, serangkap pantun buat semua :
Bloggers gathering, Pengalaman Paintball yang mengujakan
Seronok hati ,gembira sakan
Terimakasih Melz dan rakan-rakan
Ada rezeki berjumpa kembali di masa depan
P/s/s :Apa pula pandangan anda?Suka tak gathering-gathering sebegini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

63 thoughts on “Bloggers Gathering | Pengalaman Paintball Yang Mengujakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.