BlackBerry® Storm™ 9520 | Bagaikan Petir Memanah Jiwa

BlackBerry® Storm™ 9520

Oh, dah lama aku mengidam inginkan Blackberry.Lebih teruja bila model BlackBerry® Storm™ 9520 muncul di pasaran. Oh,alangkah indahnya jika ianya menjadi milikku.Sungguh indah dan mengujakan jika aku dapat memilikinya. BlackBerry® Storm™ 9520 , tidur malam pun tak lena mimpikan kehebatanmu.

Antara sebab kenapa aku mahukan BlackBerry® Storm™ 9520 :

1)Namanya yang mempesonakan
Fuhh,dengar namanya pun sudah cukup untuk menggetarkan dan bagaikan guruh yang mendentum hatiku.Ohh, menarik sungguh namanya.Storm ataupun petir, aura yang cukup hebat .Auranya memang membuatkan ku terpesona.
2)Spesifikasi yang mengujakan dan Hebat
Spesifikasinya yang cukup menarik dan memang sesuai dengan citarasaku seperti semua dalam satu multimedia device, e-mail mesej, skrin yang besar,memory yang agak besar, ada wifi, kamera 3.2 megapixel dengan video recording , melayari internet dengan lebih pantas dan selebihnya boleh terjah di sini Be blown away by cutting-edge mobile capabilities .Oh, terujanya aku.Please,please,please, please be mine.
3) Celcom Blackberry Promotion
Aku bergegas hari itu pada hari promosi itu yang diadakan di Chinoz, KLCC dari pukul 430petang-1o malam. Teruja dengan promosi yang cukup lumayan dan menggoda iaitu 150 pelanggan pertama dapat membelinya pada harga RM888  sahaja (harga sebenar almost RM2 ribu) dan bayaran bulanan kurang daripada RM150 untuk kontrak selama 12 bulan untuk Celcom Exec 50. Adussh, balik kerja aku terus ke sana:
Wah,Mengancam
Menarik dan terujanya aku
Ramainya orang beratur
Oh,saya beratur sama (tunggu giliranni )

Namun, harap maaf ya.Pegawai yang bertugas mengatakan aku telah terlambat.Orang sudah mula beratur sejak pukul 2 petang dan aku sampai sudah pukul 7 malam.Memang dah terlambat sangat.Aku cuba sedayaku,nak minta cuti tak sempat haritu.Apalah nak jadi, nasib badan. Beriya dan betul-betul mahu beli BlackBerry® Storm™ 9520   kerana promosi itu cukup best.Adushh:
Aku Sedih (Hujan dihatiku bersama petir yang menyambar)
Bukan itu sahaja, kesedihan ku semakin perit dan Isteriku menangis pada malam yang sama apabila :
Samsung Corby yang ku menangi hilang dan dicuri di Isetan, KLCC (It’s gone now!!)
Sedihnya aku malam itu.Honestly, malam itu air mataku pun turut jatuh berguguran apabila aku tidak dapat menahan sebakku apabila Isteriku menitiskan airmata berjam-jam lamanya.Siapa yang tak sayangkan Isterikan?Sudahlah handphone itu baru ku menangi tak sampai sebulan. 
Apalah nasib malam itu, yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Oh, kenapa ini yang terjadi kepadaku?Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.Namun, aku terima ketentuan Tuhan,tentu ada hikmah disebaliknya.Mungkin BlackBerry® Storm™ 9520 pula yang bakal aku miliki?
Mungkin BlackBerry® Storm™ 9520 sebagai pengganti?


4)BlackBerry Storm 2 Review – Full Review of the 9520 yang begitu mengujakan (Credit to Wirefly )

5)Sudah lebih 2 tahun aku tidak bertukar phone

Oh,sudah 2 tahun lebih aku tidak bertukar phone.Wang bukannya alasan utama namun aku belum ketemui phone yang betul-betul aku berkenan.Namun, keterujaanku betul-betul tergugat dengan kehadiran BlackBerry® Storm™ 9520
Aku mahukan BlackBerry® Storm™ 9520 dan aku rasa Celcom adalah tempat yang terbaik buatku untuk mendapatkannya.Kenapa aku pilih Celcom?Kenapa,kenapa?Usah ditanya,banyak sebabnya.Alang-alang korang tanya juga, inilah sebabnya :
1) Aku pengguna Setia Celcom
Celcom adalah line pertama yang kugunakan.Tidak pernah aku bertukar sejak bertahun-tahun lamanya.Sejak pakai prepaid hinggalah pakai postpaid.Aku gembira dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Celcom. Pengalaman yang tak dapat dilupakan bila isteriku ambil Celcom 50 ditambah dengan Celcom 1+3 pada masatu (sekarang sudah 1+5) semasa dia masih mengajar di Sabah. Dengan hanya bayaran tambahan RM5 sebulan line satu lagi, aku dapat berbual-bual dengan isteriku percuma sepanjang masa. Dahla dengan Celcom 50 hanyalah RM60 sebulan dan bilku tak pernah mencecah RM100+ walaupun puas aku berbual-bual, hantar mesej dan sebagainya.Berbaloi-baloi.
2)It’s in your hand
Seperti tagline Celcom “It’s in your hand” ,ya ianya ditanganku. Celcom telahpun berada di tanganku dan aku gembira ianya berada ditanganku.Terasa teruja dan seronok bersama-sama Celcom setelah bertahun-tahun lamanya.Kata orang ,kalau kita setia, balasannya akan ada.Oh, aku akan terus setia aku berharap BlackBerry® Storm™ 9520 akan berada di tanganku dengan line Celcom. Oh,aku mahu,aku mahu.Satu pantun untukmu :
BlackBerry® Storm™ 9520 di tangan anda
Ehh, tangan saya bukan tangan anda
Ala, apa salahnya di tangan semua
Tangan anda, tangan kita, tangan-tangankan untuk semua
3)Celcom adalah yang terbaik
Celcom adalah yang terbaik. Pengalaman mengajarku untuk pandai memilih dan membuat keputusan.Bertahun-tahun aku dengan Celcom, aku tidak pernah kecewa dengan Celcom. Indah Khabar, Indah rupa, Itulah Celcom.Sebab itulah ikhlas, Celcom adalah pilihanku.Oh, Celcom,teruja nya aku setiap kali menyebut namamu.Andai Celcom dan BlackBerry® Storm™ 9520 digabungkan, ianya akan menjadi gabungan yang cukup mengerunkan dan mengkagumkan.Petir akan terus bersabung di dalam hatiku.
Serangkap pantun buatmu Celcom :
Celcom pilihan terbaik sudah la pasti
Pilihanku sejak dulu dan kini
Layanan dan perkhidmatan terbaik sudah semesti
Cuba dulu, saya ‘guarantee’ puas hati’

4) Bagai Pinang di belah dua (Gambar kredit to Rohaizad )
BlackBerry® Storm™ 9520 dengan Celcom bolehlah diibaratkan bagai pinang dibelah dua.Apa gunanya phone yang canggih namun line nya kurang memuaskan?Gadis yang cantik sesuai digandingkan dengan lelaki hensemkan?Bagai Tom Cruise dengan Katie Holmes, bagai Erra Fazira dan Engku Emran, dan bagai Celcom digandingkan dengan BlackBerry® Storm™ 9520. Fuhh,sama hebat,sama padan.
Oh ya, untuk promosi dan tawaran Blackberry yang menarik dengan Celcom silalah rujuk sini.Banyak tawaran menarik dan mengujakan ada di sana. Ohh, aku teruja .Aku mahukan  BlackBerry® Storm™ 9520  dengan line Celcom.Doa2kan aku dan Wish me Luck k?
Psst, keterujaanku tentang BlackBerry® Storm™ 9520 dan Celcom turut dikongsi bersama , petirnya memanah menusuk jiwa , layanan menggoda, aku tergoda, aku jatuh cinta, aku tidak lupa, aku ingat bila-bila, aku inginkannya, akulah peminat setia. Inilah orangnya yang kumaksudkan selepas terlihat aura/petir Celcom dan BlackBerry® Storm™ 9520 ketika aku tengah surf internet beberapa hari yang lepas ketika mencari idea :

Terujanya Dia, hampir kalahkan Papa dia pula
Saya menulis entry ini untuk menyertai Nuffnang  – Celcom BlackBerry® Storm™ 9520 Contest (Entry yang ditulis dengan penuh kegetiran bagaikan petir berdentum di jiwa apabila entry ini ditulis sejak pukul 1030 malam, 1jam setengah sebelum dateline Contest ini).
BlackBerry® Storm™ 9520 with Celcom line, please be mine.Muahhz,Love You Celcom

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

31 thoughts on “BlackBerry® Storm™ 9520 | Bagaikan Petir Memanah Jiwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.