Ada Apa Dengan Redmummy

Segmen terjah blogger popular diteruskan lagi.Kali ini,eyriqazz ingin menerjah one of my favourite blogger.Tak lain dan tak bukan,ianya adalah :

Inilah komen peribadiku kepada Redmummy begitu popular di dunia blog :
1)The Power of Word Red and Mummy
Jangan pandang enteng pada perkataan ini,perkataan merah dan mummy ini begitu mendalam dan memberi kesan yang begitu hebat.Nak tahu lebih lanjut kesan Red dan mummy ini bolehla rujuk entry ini : The Reddish Redmummy (Auranya turut dirasaiku,entry ini adalah entry/contest pertama yang dimenangiku bersama Nuffnang iaitu Project Alpha Blogging Contest Week 3. Tempat ke 3 pula tu, memang teruja sangat -sangat).Hampir-hampir aura itu membuatkanku menjadi :
The Red Daddy!! (Sorry Sirman,aku tahu title itu milikmu)
2)Redmummy sudah lama bertapak dan mempunyai loyal readers yang begitu ramai
Redmummy sudah lama bertapak di dunia blog ini.2005 kalau tidak silap.Dia antara orang yang pertama mendapat cek daripada Nuffnang.Menjadi seorang blogger yang popular bukannya mudah, bermula dari bawah dan banyak liku-liku yang perlu ditempuhi.Tengoklah sekarang,loyal reader redmummy semakin bertambah dan akulah salah seorang daripadanya.Redmummy pun ada segmen ”Geng Bas Sekolah” juga tau.Opps,silap,…”Geng Bas Merah”.
Antara rahsia Redmummy menjadi popular seperti di entrynya : Rahsia Redmummy To Be On Top  (Ada gosip-gosip mengatakan Income Latest Redmummy almost RM100K sebulan,betulke Kak Red?)

i)Minat! minat dulu kena ada…kalo kamu tak minat ngan blog, camne kamu nak be part of the blogging line?

ii) Apabila kamu ada minat, kamu bertambah berusaha untuk menambah pendapatan. Permulaan pendapatan saya dari Nuffnang was like RM90 or seratus lebih ajer.(Samalah saya Redmummy,hik2)
iii)You must have the hits, the more hits you get, lagi tinggi lah income kamu.
Selebihnya,bolehla terjah sendiri…
3)Di sebalik kejayaan seorang wanita@Redmummy ,ada seorang lelaki hensem dan macho yang sentiasa memberikan sokongan padu .Tidak lain dan tidak bukan,dia adalah :
Sirman (Credit Picture to Tianchad.com )
Memang ku kagumi Sirman ini.Dia begitu memberikan sokongan yang padu kepada Redmummy dalam menjayakan misi Redmummy dan menjadi penulis blog yang popular dan berjaya.

Dialah seorang suami, ayah ,kadang-kadang baby sitter (hik3,gurau je) dan Cameraman buat Redmummy.First time jumpa Sirman masa Mister Potato Fiesta 2009 memang aku sudah tertarik untuk mengenali Sirman ini.Dia mesra dengan semua orang,senyumannya selalu menguntum (JAI kata dia ni ada iras Salleh Yaakob) dan mudah diajak berbual.Syabas Sirman, memang susah mencari seorang suami seperti anda di luar sana.Teruskan menyokong dan p/s: Bila Sirman nak update blog ni?Hik3)

4)Mendapat promosi dan pendedahan meluas di Media Masa,Elektronik dan sebagainya
Keluarga Bahagia Redmummy (Gambar kredit to shaolinphoto.com )
Kepopularan Redmummy menjadi sambaran dan terjahan media.Bila dan semakin popular,unik, dan mempunyai personaliti yang menarik,tentulah menjadi terjahan media untuk mencungkil rahsia dan melariskan rancangan mereka.Sebut apa saja,hampir semua sudah menerjah Redmummy seperti TV3, NTV7,Berita Harian, The Sun,NST,Kosmo dan sebagainya.

Jadi, tidak hairanlah kepopularan redmummy semakin meningkat sesama naiknya Mawi,Saiful Apek, dan juga Nabil di alam nyata.Tidak hairanlah juga Redmummy menjadi salah seorang blogger jemputan untuk Project Alpha Season 1.Auramu masih terasa sehingga kini,Kak Red.Sekarang sudah menjadi host bersama Jojo Struys pula untuk Season 2.Syabas Kak Red.

P/s :Bila agaknya Redmummy akan diterjah Nas Ahmad ye(My Sifu tu!!) ?
5.Entry yang santai,mudah diterima, dan menarik
Kalau dah popular tulis entry pasal ”Saya Suka Makan Nasi” dan tulis:
” Hari Ini saya makan nasi.Saya makan nasi ayam.Nasi ayam itu sedap.Sedap sehingga buat saya tertidur selepas lunch.Saya tertidur sehingga bos saya marah saya.Muka saya kemerah-merahan dimarahi boss saya. stop”, pun pasti ramai akan terjah jua kan?Hehehe,just kidding.

Kak Red bukan begitu,entry2 yang ditulisnya dipelbagaikan dan gaya bahasa dan penulisannya mudah diterima ramai.Jadi semakin ramai yang berminat dan terus setia bersamanya.Contohnya sayalah,anak murid yang ke 7,777 Kak Red.Ahaks gitu.Sebagai niche blog kekeluargaan,tentunya entry Kak Red byk menyentuh pasal kekeluargaan.Aku sebagai bapa muda(muda lagike? , mmg mencari-cari blog sebegini )

6.Redmummy mesra bloggers dan peminat
Pertama Kali bergambar dengan Redmummy
First time jumpa Redmummy masa event Mister Potato 2009. Agak segan dan malu-malu ayam kampung juga masatu.Terus kusambar dan kutegur Redmummy.Sempat redmummy tanya ,’nama apa?.Aku pun jawablah,nama glamour Eyriqazz.Hik2,walaupun follower dan pembaca setia beribu-ribu ,event selepas tu terus dia ingat namaku.Begitulah juga layanan dia ke atas bloggers2 yang lain.Selalu tersenyum,mudah bergaul dan membalas persoalan pembaca sedaya mungkin.Bagus Redmummy, memang ada aura yang lain daripada yang lain, dan redmummy menjadi inspirasiku untuk terus berjaya.
7)Redmummy Ratu Advertorial
Kalau tengok-tengok blog redmummy,almost semua Advertorial Job Nuffnang Redmummy sambar.Memang Advertising Company sukakan Redmummy,entry nya pasal Advertorial dan mesej yang disampaikannya juga sampai kepada pembaca.What we want to hear?For sure personal experience and not just “This product is good,It is good because bla,bla,bla…..This Product is not expensive,this product is very good in quality”.Redmummy pandai bermain dengan emosi dan mata pembaca dan tak hairanlah Advertising Company begitu menggemari mengiklankan dan memberikan “Advertorial Job” kepada Redmummy.
Anyway:
What I Want from Redmummy (Blue Daddy,hik3) ?
Yang ni tiada kaitan dengan rahsia kejayaan redmummy.Ini adalah terjahan dan pandangan peribadi.Jadi maafkan saya redmummy kalau tersalah kata dan bahasa :
i)More Tips on Blogging.
Huhuhu,tips redmummy yg ni pun dah protected
http://redmummy.com/category/blogging-tips-personal-touch-by-redmummy-com/ .Rasanya dulu pernah baca,tapi dah lupa.Kak Red,nak juga password,bayar pun saya sanggup.(Kih2,gaya pujuk tahap gaban)
ii)More Tips On Parenting
I know,I know ,there are a lot of tips out there tapi sekali sekala mahu juga dengar tips-tips berguna dari Kak Red.Saya ni baru menjadi bapa,jadi alang-alang singgah blog redmummy,ingin juga lihat tips-tips ”Personal Touch From Redmummy on Parenting Advice”.
iii)Loading page
Masa Samsung Corby,ramai bloggers yg cakap blog Redmummy lambat loading.Laa,ingatkan saya sorang je?Hehehe,mungkin kerana saya pakai line Streamyx yang paling murah,jadi slow la kot.Namun,demi setia,aku sanggup menunggu.Namun,kalau loading lagi cepat,lagi aku teruja.Hehehe…blog aku pun dah berat skang…Kih2,paku sepih betul,kata orang dia yang lebih.
Last but not least,dengarkanlah satu seloka dariku.Agak-agak kalau minah ni yang kadang-kadang begitu open di dunia maya@ semakin popular sejak akhir-akhir ini bergabung dengan Redmummy,agak-agak apa nama blog mereka ye?Siapa?Umm,tengok sendiri lah :
Redmummy + Cik EpalRed Epal (Hik2,hanya bergurau,jangan ambil hati ya)

Itu saja kali ini.Lepas ni ,who’s Next ya?Any suggestion?
P/s : Redmummy la juga menjadi sumber inspirasi dan membuatkanku terus setia dengan Nuffnang.Kalau Kak Red mampu berjaya dengan Nuffnang,kenapa tidak aku?
P/s/s : Bukan mudah untuk berjaya.Biar lambat asalkan selamat.Jangan pula tergopoh-gopoh mengejar kepopularan,namun tersekat di tengah jalan dan hangat-hangat tahi ayam saja jadinya.Di mana ada kemahuan,di situ ada jalankan?
Apa pula pandangan anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

46 thoughts on “Ada Apa Dengan Redmummy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.