Ada Apa dengan Pembaca

Bila berblog tentu seronok bila ada pembaca kan? Lebih-lebih bila semakin hari semakin menampakkan peningkatan visitors ke blog kita. Aku pun seronok juga, minggu depan cukup 6 bulan aku berblog secara aktif. Tak sangka, hobi yang ku cuba sekadar suka-suka membuahkan kegembiraan buat ku. Ehh,aku bukan bloggers hebat, pembaca blogku takdelah ramai mana, namun aku puas hati dengan prestasi ku sendiri.

Biar lambat Asal Selamat
Mana ada hebat pun kan?Star pun tak semua 5 bintang, 1,000 pun tak sampai visitorsku. Namun, aku puas hati, aku target, sebulan 100 mencatatkan peningkatan dan kurasakan aku berjaya mencapainya. Di mana ada kemahuaan, di situ ada jalankan?
Entry kali ni mungkin agak berbeza sedikit.Entry yang serius gitu-gitu. Oh ya,ada apa dengan pembaca? Beberapa hari lepas sempat print screen yang ni :
Suka sangat dengan nombor ini!!
Terima kasih followers . Nanti ada kesempatan akan kuterjah some of my followers juga. Tanpa pembaca, apalah sangat penulis blognya. Keterujaan ku berblog sampaikan isteriku pun mahu ada blog.Aku dah tolong register kan untuknya, nanti bila isteriku dan buat beberapa entry, aku perkabarkan ya?
Terimakasih juga pembaca kerana sudi menyinggah. Andai ada masa tinggalkan pesan di komen.InsyaAllah, akan kusinggahi kembali walaupun lambat.Yerlah,bila anak dah makin membesar, masa untuk berblog pun semakin kurang kan?Namun, aku tetap akan menyinggah, join acara yang sempat, dan sertai mana-mana contest yang dianjurkan yang ku berkenan.
Aduhai pembaca, dengarkanlah serangkap pantun dariku :
Salam sayang buatku untuk pembaca
Terimakasih tidak terhingga
Orang berbudi kita berbahasa
Ada masa, ku singgah dan kongsikan apa yang terdaya
Sambil menulis, sempatku menyinggah di beberapa blog.Aku kaget bila baca komen ini di blog Cik Epal
 
Cik Epal dah dapat Advertorial Job /Blackberry Percumake?
Bolehla rujuk entry ini untuk lebih lanjut :
Singgah blog Zaid, Zaid pun dapat juga ke? Ewahh, memang rezeki rakan-rakanku betulla :
Aku rasa yakin ini adalah Advertorial kerana tag dia ada Advertorial.Wah2, tahniah la korang kalau betul. Bolehla belanja aku Char Keow Teow nanti ye?
Jalan-jalan cari pasal dan idea untuk menerjah ,aku terjumpa juga entry yang menarik dari blog rakan-rakan.Mehla terjah sama.Memang tak rugi baca :
Aku Sayang Follower Aku ! Korang ? – Aku pun sayang follower aku. Muahzzz.
Tak Ada Iklan Nuffnang Jangan Risau – Betul ke tak risau ni? Hik3, kalau ada rezeki tak kemana kan?
Kita akan Nampak Lebih Yakin Bila – Aku yakin aku masih muda.Muahahaha.
Tips | Undang-Undang Penulis 5  – Kalau langgar undang-undang ni kena samantak ye?
Jangan Berblogging Hanya Kerana Wang – Sambil menyelam sambil minum air. Betulkan niat dan matlamat.
Berblog bukan Goblok tau – baru tahu maksud goblok.Terima kasih akak.Akakla yang saya nak terjah belum habis lagi entry nya ditaip.
Tips Berblog | Bagaimana nak tingkatkan Komen Anda – Gembira bila entry kita ada yang sudi mengongsikannya.
Cukupla dulu, nanti saya tambah lagi ye?
Ushh, tak sabar menunggu hari Isnin. Aku dah apply full day cuti. Teruja punya pasal.Hik3.tak sabar juga nak main paintball dan menembak rakan-rakan bloggers Sabtu ni.
P/s :Jangan mudah putus asa. Bukan senang nak senang,dan bukan susah nak susah.Biarlah kita naik dengan cara kita. Siapa lagi yang join paintball Melz ye?
P/s/s :Apa komen anda?Sayangtak kat pembaca anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

59 thoughts on “Ada Apa dengan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.