Terjah | Alert! Shy Guy is Blogging

Entry Pink Oh Pink dirujuk dan saya ada menjanjikan hadiah kepada sesiapa yang dapat menjawab soalan saya itu iaitu : Cuba teka kenapa aku beli buku ”study smarter,Not Harder”?Siapa boleh kasi jawapan yg paling tepat,hadiah voucher RM10 Pizza Hut/KFC sedang menanti. Pemenangnya jatuh kepada :

FIT  dan inilah komennya :

“pasal buku tu, maybe bro nak blaja dari orang lain dengan lebih berkesan lagi secara bijaksana..bukan belajar penat-penat tapi tak dapat banyak ilmu.mungkin nak cari cara belajar pasal dunia blogging dengan lebih mendalam dan berkesan. ye tak? ke dapat offer jadi cikgu? hehe tatau nak teka dah 🙂 “.Reason sebenarnya, dirahsiakan dulu tapi cukupla kukatakan jawapan FIT ni paling hampir.

Sebagai hadiah sampingan + aku suka kasi surprise kepada sesiapa yang join contest di blogku.Cam dulu contest pertamaku kujanjikan 5 hadiah namun 10 hadiah yang kukasi.Kali ini, hadiah sampingan yang FIT akan terima adalah ,dia akan diterjah :

Inilah terjahanku :
1) Layout / Template blog
Layout template menarik dan cantik.Kreatif.Namun kurasakan kartun shy guy berskate tu agak ”annoying” skit coz dia asyik mengikuri entry.Apapun,lain padang,lain belalangkan?Satu lagi ,aku rasakan The Deck ngan Nuffnang ads patut di swapkan.Nuffnang Ads kenalah berada di tempat yang mudah dilihat,jadi the chances untuk dapat Buffered Earning lagi tinggi.

2)Entry FIT

-Sesetengah entry di blog FIT rasanya agak panjang.Boleh panjang-panjang namun letaklah gambar2 agak pembaca lebih selesa membaca.Bila dah panjang sangat camtu,entry yang menarik pun ,rasa macam malas nak baca.Hey,siapa cakap entry dia tak menarik?,FIT ni baru je menang tempat kedua contest  flymas anjuran Malaysia Airlines dan Nuffnang.Bukan senang nak menang tau .Entrytu mestilah menarik dan kreatif.Congratz FIT.U deserve it.Inilah entrynya :
FIT,entry sebeginilah yang saya mahukan,walaupun panjang seronok membaca kerana gambar menarik,lucu dan kreatif.Perbanyakkan entry2 sebegini ya?
P/s :FIT,aku nak cilok gambar ko skit.Sorry,tak minta kebenaran dulu.
3)FIT hardcore fan MU

Muahaha,yang ni tidak berkenaan dengan terjah.Namun aku nak terjah juga coz aku penyokong AC Milan.Hahaha,bertemu juga team kita kembali di Champion League FIT.Harap-harap AC Milan menangla cam aku tengok di stadium Manchester United beberapa tahun dahulu.Milan menang 1-0 jaringan Hernan Crespo,dan aku sanggup beli tiket for supporter MU semata-mata mau tgk games ni.Ramai giler member2 aku time tu bengang ngan aku.Yerlah,dahla penyokong Milan,dpt seat MU.Diorang pun tak dapat tiket.Hahahaha,sorry guys.
4)Betulke FIT ni Shy Guy?
Betulke FIT ni shy guy?Ishh,nampak selalu je dia blogwalking n tinggalkan pesan/jejak.FIT,bila nak join event Nuffnang,boleh la kita berjumpa.Teringin juga aku belajar camne ko edit gambar sekreatif tu.Serius,aku memang jealous la.Kalau dah kreatif cam ko,sure cam nak menang lagi tinggi.Ajarlah FIT,nanti aku blanje ko makan roti canai.Hehehe…

5)FIT ni serba boleh

Meh tgk skit apa FIT buat for living :
Walaupun tak keja, I still have my own income from this blog, advertising, affiliate program, freelance graphic design, kupas kelapa, income dari hasil sawah padi sendiri and also income from my own rubber farm. The last two tu upah orang je. Malas mau membanting tulang empat kerat ni. that’s why perut pun dah macam belon.. haha!.Fuhh,memang rajinla FIT ni.Bagus-bagus,better dari jadi pengganggur terhormat dan komplen tak dapat kerja.Hidup ni kenalah usaha kan?Aku pun pernah kerja di pam minyak,cleaner, kerja kilang untuk sara hidup.Apa nak dimalukan?Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Cukuplah dulu,komen lebih-lebih kan ,kena saman ngan FIT susah juga.Jangan saman aku,aku tak mampu nak bayar.Hehehehe,last but not least,to All Girls out there,si FIT ni masih lagi single,bleh la terjah dan berkenalan dengan dia :
Sekali pandang,ada iras-iras Kennysia tak?
Jadi,apa tunggu lagi.Mehla terjah blog dia beramai-ramai di sini : http://fitrihadi.blogspot.com .
P/s :FIT,nanti jangan lupa tinggalkan alamat anda di komen ini.Jgn risau,saya tak publishkan ,kalau ada awek-awek cun minta,aku kasilah.Senang aku nak postkan hadiah FIT nanti.Ala,RM10 voucher pun ,rezeki jugakan?
P/s/s :Teruskan menulis FIT dan be more kreatif.I enjoy reading ur flymas entry.More entry like that pleassse…
P/s/s/s :Who’s next?Hint,hint….Bila-Bila masa sahaja dari penyumbang tertinggi(mungkin lebih satu) di gengblogger .Sekarang ni zella tengah mendahului.Wait n see,hik,hik,hik…Jika mahu diterjah,faham-fahamla.No pain,no gain rite?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Terjah | Alert! Shy Guy is Blogging

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.