Terjah | Aku Diterjah

Edisi terjahku sebelum ini menggembirakan hatiku.Tidak sangka idea daripada BeautifulNara ini begitu menjadi.Jadi,selepas ini aku akan teruskan edisi terjah bloggers-bloggers popular dan juga di undian Penangan Cik Epal dan Melromeo buat pembaca dan pengomen di blogku.Tunggu,aku juga akan join skuad terjah  Melz .Inilah logo yang begitu cantik ini :
Siapa yang mahu kena terjah lagi?
Tak sangka pula,selepas aku menerjah Melromeo,dia pula menerjah aku.Teruja juga dibuatnya.Sebenarnya,sebelum Melz,aku pernah diterjah oleh Blogjoging dan juga FaizalAzelan .Maafkan aku,aku tidak berniat untuk meniru apa yg blogjoging dan Faizalazelan ni buat,aku hanya buat dengan caraku tersendiri dan berkongsi informasi/pendapat / inspirasi dari tips BeautifulNara.Serba sedikit tentang ulasan mereka selepas Ku Diterjah :
1)Bang, kasik tukar template cun sket…. baru ada UMMMP & propfesional
2)Orang yang sangat aktif utk masuk peraduan2 anjuran Nuffnang. Dan dia penah menang utk Project Alpha Blogging Contest.
3)Yang ketiga, prospek yang paling penting adalah berkenaan entri. Intipati dalam blog. Semenjak dua menjak Great Teacher Onizuka nampaknya ghairah dalam penulisan yang berbentuk ‘contest’ . ‘Luck’ Great Teacher Onizuka memang ada la. Tahniah! Ini yang terbaru, ‘Contest’ untuk Digi PimpMyBroadband Janji hadiah beb.
Pasangan Sensasi di Alam Maya.Muahahaha!!

 4)Yang keempat, ‘value’ untuk ‘follower’. Kalau dilihat dari statistic, nah, semakin bertambah dan semakin mantap Great Teacher Onizuka. Ramai ‘follower’ termasuk aku’. Aku pun ada oiiiii. Ingat apa. Lebih efektif kalau ada twitter. Untuk memudahkan ‘follower’, memang disarankan penggunaan widget nie. Dijamin berkesan. Belum cuba belum tau.
Nov 09 -Tak sangka dah cecah 400 skang ni….Thanks to All
5)Hebat sangatkah dia ?

Bagi aku hebat Yoh! terbaek dari ladang brader nie , sebab dia ni seorang yang diam² tapi berisi kao² , bukan berisi dalam perut bukan² ! jangan salah faham dengan penulisan entry yep! tapi berisi info atau cara penyampaian atau nak lebih lagi hebat dengan Nuffnang !

Dia pernah ceritakan first checknya iaitu berharga Rm212.75 dalam 2 bulan yoh! hebat gilew wah cakap ! aku pun makan 2 bulan Setengah baru dapat Rmtuttt.tuttt yoh takleh bagi tau yoh sikit jaa miahahaha.

Dia jugak pernah bagi aku tips ! Dan daripada itu aku sentiasa berfikir . Apa tipsnya ? Join Every Contest yang Nuffnang Buat . Yeah U are Right bro! Dan sekarang aku tengah praktikkan menjoin segala contest yang nuffnang anjurkan . Kerana dari situ , ada jugak 1 motif dalam diri aku terima kasih yep !

6)Eyriqazz Cool !

Kenapa aku cakap Cool ? Sebab aku dah cakap awal² ngan dia , beza umur aku dan dia memang kao² berbeza dan aku minta izin ngan dia yang perbualan aku memang “Aku dan Kau” dan dia terus cakap eyh tadehal! Miahahaha Cool siut sebab mostly ada orang tak suka yoh !

One more thing . Aku respect ngan kau sebab umur kau lebih dari aku tapi kau tak jadikan umur itu sebagai penghalang untuk mempelajari sesuatu dari aku yang masih beginner ! . Kiranya kau buang jauh² penglibatan umur dari belajar suatu yang baru rite ?. Aku respect tang tuh dan kau juga berani untuk bertanya sesuatu walaupun kau rasa benda tuh mudah ! Good bro Thumbs up! Kita belajar untuk lebih faham rite ? ahaks

Kau seorang yang agak rajin untuk menjoinkan diri dalam pelbagai Contest ! Gilalah aku cakap weh. Kau dah berumah tangga pun sempat yoh join sana sini ! Gilew Respect aku . Bagus² , Antara Nuffnang contest yang kau dah join , korang semua boleh usha nie . Project Alpha , Friso, Mr Potato , Digi , Samsung ! 5 Siot ! Aku baru satu . Miahahaha Nie ada LG tamo join ke bro ? miahahaha

Aku senang berbual ngan kau time RealLife yep ! Siyes memang senang berbual ngan orang yang dah matang gitu . Rasa cam kalau berbual tuh makin improve idea² dalam kepala hotak aku miahahaha . Lastly Kau tak hot tapi cool !

7)Blog Bro

Bro blog kalau boleh serikan sedikit dengan warna dan macam² lagi . Sekarang Layout dah bersepah tak macam dulu bro ahaks . Kalau dulu nak apa² kena buat sendiri takdenya orang nak bagi layout free. Gunakan Layout sikit bro baru nampak kemas dan teratur .

Selebihnya, korang bleh Terjah di Sini!!

http://faizalazelan.blogspot.com/2009/11/reviu-blog-4-great-teacher-onizuka.html

Thanks guys,aku memang menghargai respons dan terjahan korang untuk memperbaiki penulisanku.Aku masih baru dan masih banyak yang perlu pelajari dan aku akui terjahan mereka telah memperbaiki dan membantu aku.Yerlah,dulu nak cecah 100+ pun susah,Skang ni bolehlah nak maintain 300+ hari-hari.Aku tahu,sikitje tu jika nak dibandingkan dengan orang lain,namun aku sudah puas hati.Bak kata redmummy,there are no easy way for success.Biar lambat asalkan selamat.Hehehe…

P/s :Tunggu entry ku selepas ini (next week kot) yang bertajuk Aura BeautifulNara dan Rekod Baru Tercipta.Hint-hint : Unique visitors mencecah Ribu-ribu pertama kali.
P/s/s :Siapakah yang bakal diterjah selepas ini?Undian akan dilakukan tak lama lagi,jadi kepada sesiapa yang mahu diterjah,tinggalkanlah komen di sini :

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

39 thoughts on “Terjah | Aku Diterjah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.