Pink Oh Pink

Alisya,Ready to Go
Hari Sabtu aritu bawa Isteri pi Shopping.Dah janji dengan dia nak belikan buku-buku sempena kempen beli buku harga diskaun Companyku yang akan berakhir pada 25/1/09.Actually,before pergi ni aku dijemput oleh Melz untuk menghadiri gathering ni bloggers ni yang dianjurkan oleh Melz and the Gang :

Check it Out Here : Mini Gathering | Times Square

Sure best event ni kan?
Dengar cerita Melz ni takut tinggi,betulke?Sorryla Melz tak dapat join.Next time jangan lupa jemput saya ye?Yerlah,family Come First,kan?

Berbalik semula.Saya bawa Isteri ke Midvalley Shopping Centre aritu.Aiseh,asyik-asyik Midvalley,takde tempat lain ke?Suka pergi situ kerana mudah nak parking dan suasana nya pun meriah .

Decoration di Midvalley
Tema Chinese New Year rasanya
Sebelum membeli belah,singgah makan dulu.Umm,mana lagi kalau tak di tempat kegemaran Isteriku, Jusco Food Court dan kami order :
Mee Kari Ipoh ,sedap juga
As usual,Asam Laksa untuk isteri
Memang sedap .Lepas makan kami pun pergilah windows shopping/shopping di Jusco.Then kami gerak ke MPH dan cari buku-buku yang diingini.Mujurlah ada diskaun sebegini.Boleh beli buku diskaun 40% lagi tapi limit kepada RM500 sahaja.Oklah,better daripada takde kan?Selepas lebih kurang sejam lebih,inilah buku yang kami beli :
Membaca Itu Jambatan Ilmu
Ehh2,kenapa beli buku Pencegah Sihir,Angkara Jin & Iri Hati?Umm,kalau aku cakap mesti korang tak percaya or fikir aku buat-buat cerita.Aku dulu pernah kena sihir dan ahli keluargaku dan family terdekatku pernah kena buatan orang.Sampai sekarang pun masih ada kesannya.Namun,part tu mungkin lain kali boleh diceritakan.

Wife aku memang suka sangat main Sudoku,mak mertua aku lagila.Dah berpuluh-puluh buku kami belikan  untuknya.Cuba teka kenapa aku beli buku ”study smarter,Not Harder”?Siapa boleh kasi jawapan yg paling tepat,hadiah voucher RM10 Pizza  Hut/KFC sedang menanti.Ehh,tak tipu,betulni.

On the way nak balik,nampakla pula ada kedai La Cucur dalam MPH.Apa lagi,singgahla sebentar :

Temptation
Camne mahu kurus camni?

Kreatif juga Iklan ni.Knapa mahu saman-saman ye?
Dah habis shopping,kami pun bergerak ke Lowyat Plaza.Dah janji dengan isteri,aku nak belikan dia something for her.Agak-agak apa ye?

Pemandangan di Lowyat Plaza
Dan inilah benda yang kucari untuk isteri :

HP Mini
Singgahla di almost sepuluh kedai.Satu kedai,next.Tak berkenan.Satu kedai lagi,next tak jumpa yang nak.Fuhh,bukan main lagi citarasa isteri.Akhirnya setelah almost semua tingkat dijelajahi,jumpa la HP yang berkenan.
Cantik tak?
Requirement Isteri :Semua mesti Pink!!!
Hehehe,itulah Isteriku.Memang hantu Pink.Dah jumpa takde beg pink,next.Jumpa lagi takde HP pink,next…Next,next…Sebenarnya aku beli HP untuk isterini kerana desktop aku dah rosak.Jadi laptop lama isteri,Isteri hadiahkan untuk dan sebagai tukarannya aku belikan HP baru untuknya.Nyam2,melayan RM1,323 ku.Mahaltak ye?Takpelah,demi Isteri tersayang dan juga senang skit Isteriku nak bawanya ke Sekolah.Kecil,ringan dan mudah,kan?

Selepas ini next wish my wife minta adalah kamera digital pink pula..Bolehla isteriku ni berkawan dengan Viruspadu . Oh,Pink Oh Pink

P/s :Yey,aku dah dapat header baru.Bertungkus lumus disiapkan oleh Melz .Thanks Melz.Amcam,cantik tak header baruku? Nanti aku buat special entry on header ni ye Melz.Tunggu.

P/s/s :Siapa mangsa terjah seterusnya ya?Umm,tunggu.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

66 thoughts on “Pink Oh Pink

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.