Percutian di Johor Bahru (Part 3)

Alisya nak tidur
Alisya : Papa,esok nak pi jalan mana pula papa?
Papa  : Umm,besoklah fikir…Alisya tidur dulu ya…

Keesokan harinya kami ke JB City Square lagi.Yerlah,dah janji ngan Upin datang Johor ni nak bawa dia tengok 3 movie.Lagipun,kat Kelantan takde panggung wayang,jadi bawalah dia tengok wayang.Kami jalan Johor ni pun saja nak lari dari kotaraya Kuala Lumpur buat seketika.
Dah lepas booking tiket,kami singgahlah dulu di :

Baskin Robbins
Inilah yang saya dan Isteri Order (RM3 diskaun voucher Jusco )
Inilah yang si Upin Order
Bukan main suka lagi si Upin.First time dia try aiskrim Baskin Robbin.Memang sedap katanya.Takpe,nanti Upin datang bercuti lagi, Ayah Ngah belanja lagi ya.Lepas dah abis pekena aiskrim,pusing-pusing dan kat tgh court dia tu tengah diadakan permainan :
Musical Chair untuk kanak-kanak
Untung diorang,sesiapa yang join tu,kalah dan menang tetap dapat hadiah.Rasanya voucher membeli belah kot.

Kami balik hotel, dah lepas sembahyang Jumaat,kami pun pergi la balik untuk tengok wayang .Sebelum tengok wayang,kenalah lunch dulu kan?Pergi food Court dia dan order :

Spagheti Bolognese
Dah sudah tu,kami pun  bergegas la dan pi tengok wayang cerita :
Avatar
Avatar Lagi
Komenku :Memang best sangat cerita ni.Bak kata Upin Best Giler-giler.Ceritanya lain daripada yang lain,menyentuh jiwa manusia,gambar-gambar dan pemandangan yang cantik di Planet yang asing,kerakusan dan ketamakan manusia tanpa memikirkan insan lain, dan suka part masa geng-geng alien ni berlawan dengan askar manusia.Macam gaya Lord Of the Ring pun ada.Rugi kalau sesiapa tak menonton cerita ini.Aku rasa filem ini antara filem terbaik tahun ini.Ratingku : 9/10Lepas tengok wayang,pi layan centre court.Ada acara lagi rupanya .Tapi kalini acaranya adalah :

Musical Chair untuk Orang Dewasa
Sambil jalan sambil fikirkan strategi
Boleh tahan juga penontonnya
Balik hotel dan malam tu pekena
Ikan Siakap Bakar
Kalini makan dekat gerai di kawasan hotel tu jer.Boleh la tahan ,harganya pun berpatutan.Seekor ni baruje Rm18 ringgit.Berbaloi-baloi.Jalan-jalan ni pun memang nak jalan sekitar bandar JB je…Yerlah,mak mertua ku cakap dia dah lama tak pi Johor.Aku pula first time singgah Johor.Memang best juga suasana di Johor.Bandar nya tak sesibuk di KL.
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Johor, saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Percutian di Johor Bahru (Part 3)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.