Pengalaman Dengan Doktor Gigi

Semalam aku MC.Gigi aku kena cabut.Adushh,sakitnya.Sampai skang rasa denyut-denyut walaupun dah makan painkiller dan antibiotik.Nak cerita pengalamanku dengan doktor gigi :

Doktor Gigi oh Doktor Gigi
Sepatutnya rawatan semalam untuk buat crowning.Namun,gigiku sudah tidak dapat diselamatkan,akar sudah dijangkiti kuman.Kalau buat root canal pun,risikonya masih tinggi.Jadi kenalah cabut.
Sebelum ni aku pernah cabut gigi di klinik kerajaan.Sakitnya Tuhan saja yang tahu.Dahla bius dia letak sedikit,dia cabut tanpa peri kemanusiaan.Bila tercabut,separuh je yang tercabut.Seminggu lebih aku menahan kesakitan walaupun diberikan pain killer.Lepas tu aku taubat dan insaf taknak buat rawatan pergigian di klinik kerajaan lagi.Dah la lama menunggu,sakitnya,adushh,lagi sakit dari nak bersunat.Rasa nak cekik-cekik je doktor tu.
Sekarang ni nasib baik rawatan pergigian ku di tanggung oleh majikanku untuk cabut,tampal,dan juga scaling.Ok la kan?Gigi yang aku cabut dulu aku dah buat Bridge,namun agak mahalla juga.Habis RM2 ribu lebih duitku.Tuhpun pakai kredit kad.Bila dah buat bridge,ianya berfungsi macam biasa.
Kalini kena cabut lagi.Adussh,2 gigi ku dah hilang.Tuhla,dulu-dulu aku selalu terlupa gosok gigi sebelum tidur dan suka makan gula-gula dan coklat.Dah kena barulah nak meraung dan menyesal.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.Takpelah,better late than never.Sejak aku kahwin ni memang gosok gigi siang dan malam.
Jadi,rakan-rakan hargailah gigi anda.Jangan jadi macam saya.Dah hilang 2 gigi geraham,susahnya bukan main.Nak makan pun susah.Dah buat bridge oklah skit tapi nak bayar kredit kad tuh pun makan berbulan-bulan juga.
P/s :Mencegah lebih baik daripada mengubati.Cabut gigi Sakittt!!!
P/s/s : Nasib baik dah cabut,blelah aku berperang dengan hati yang senang sikit di Samsung Corby Carnival nanti.
P/s/s/s :Apa pengalaman anda?Pernah jumpa doktor gigi?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “Pengalaman Dengan Doktor Gigi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.