Nuffnang Friso Gold Family Day Out

Nuffnang Malaysia dengan kerjasama Dutch Lady Milk Industries Berhad telah menganjurkan Nuffnang Friso Gold Family Day Out di Kizsports dan Gym, 1 Utama pada 2 Januari 2010 yang lepas.Sebagai Nuffnangers yang bertuah dengan entry saya ini dengan tema seperti di acara tersebut iaitu ”Curious Kids Need To Be Tough Inside”

Ini kali pertama kami ke One Utama,jadi selepas sesat skit akhirnya kami sampai di sana dalam pukul 1015pagi.Telah ramai bloggers telah beratur ketika itu.Panjang juga dan ramai juga yang datang ya,itulah ”first impression” ku.Tak sia-sia aku datang,kataku dalam hati.Lepas dah register,sempatlah bergambar dulu :

Aku dan Alisya (Isteri ambil gambar)
Masuk-masuk je dah ada acara pertama dijalankan iaitu acara :
Menyusun Stroller terpanjang dan tercantik…Hehehe…
Sebelum acara dimulakan,sempatlah bergambar dengan
Ros dari Mombloggersplanet (tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia nampak di gambar ini,hehehe)
Tak lama lepas tu,acara pun dimulakan ,dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh :
Wakil daripada Nuffnang Malaysia dan Dutch Lady Milk Industries Berhad
Mengujakan ucapan mereka.Ini kali kedua acara seperti ini diadakan bersama.Sebelum ini diadakan pada tahun 2008 dan kehadiran kali ini lebih ramai dengan lebih ramai penulis blog baru yang menyertai acara kali ini termasuklah saya sekali.
Lepas je acara ni, ibubapa dan kanak-kanak dipecahkan dalam erti kata lain ibu bapa pergi mendengar ceramah dan kanak-kanak bermain di dalam Kizsports dan Gym itu.Memang besar dan luas,memang kalau bawa anak-anak ,memang puas hati.Banyak permainan yang digemari kanak-kanak boleh didapati di sini.
Saya pun meneruskan la perjalanan saya.Ceramah pertama adalah dari :
Wakil Friso Gold Dutch Lady
Tajuknya memang menarik iaitu Bagaimana meningkatkan Imunisasi anak-anak.Khusyuk saya mendengarnya,almaklumlah baru jadi bapa kurang daripada setahun.Antara informasi berguna adalah :
Info Berkenaan Prebiotik
Info Berkenaan Probiotik
Info berkenaan Susu Friso Gold
Sedikit info pasal Friso Gold .Friso Gold mengandungi :
i)Frisoshield ™ dengan P2 Dual System™ iaitu kombinasi nutrien utama bersama prebiotics dan bakteria hidup yang sihat.

ii)Prebiotics mengandungi kombinasi GOS dan FOS yang membantu meningkatkan perkembangan usus bifidobacterial dan membantu mengekalkan keseimbangan usus.Bifidobacteriumdan lactis boleh membantu mengurangkan masalah cirit-birit.

P/s :Kawan isteriku guna produk ini,katanya memang memuaskan.Saya belum guna lagi kerana anak saya masih 6 bulan.Isteri ada bertanya dekat penceramah itu,anakku boleh menggunakannya selepas berumur satu tahun.Aku ku cuba selepas ini kerana respons daripada rakan-rakan isteri semuanya memuaskan.

Selain itu,turut dimuatkan tentang :

Info lain berkenaan dan kelebihan FrisoShield, Probiotik dan kandungan Probiotik di dalam Friso Gold.
Fuhh,mengujakan ceramah ini .Banyak info baru yang aku dapat belajar.Aku rasa tentang anak-anak ini bukan ibu sahaja yang patut memainkan peranan,bapa juga perlu menambahkan ilmu berkenaan selok-belok bayi.
Selepas itu ada sesi soal jawab dan sesiapa yang menjawab dengan tepat mendapat hadiah bantal daripada Dutch Lady.Beberapa kali aku angkat tangan,namun bukan rezekiku,ada yang lebih awal menjawabnya.Ada yang siap dapat dua lagi.Tahniah,tahniah….
Selepas habis talk dari wakil Friso Gold ini, talk/ceramah seterusnya daripada Ruth Liew, penulis tentang kekeluargaan di The Star dan juga pakar nutrisi Friso Gold.Mari kita saksikan aksi Ruth Liew :
Bersungguh-sungguh ucapan Ruth Liew ni
Terima kasih buat Ruth Liew,baru balik dari luar negara,bergegas-gegas dia ke sini.Ruth Liew lebih membincangkan berkenaan soalan-soalan yang ditanyakan oleh penulis blog sebelum ini yang dihantar melalui e-mail kepada Nuffnang termasuklah soalan ku jua.Antara soalan ku yang dijawabnya adalah :
Soalan : Bagaimana hendak menanam minat anak-anak gemarkan sayur-sayuran?
Jawapan :Secara semulajadinya,ramai kanak-kanak tidak sukakan sayur-sayuran. Jangan paksa mereka makan sayur-sayuran namun tanya mereka sayur apa yg mereka suka.Banyakkan memasak makanan sayuran yang mereka suka.Lama kelamaan mereka mungkin berminat kepada sayur-sayuran yang lain.Namun jika dipaksa,semakin kurang minat mereka.
Fuhh,terima kasih Ruth Liew.Bukan aku sahaja yang mendengar,aku bawa anakku sekali masuk ke dalam dewan itu .Inilah respons anakku :
Alisya pun nak dengar juga
Namun, satu je yang aku rasakan kurang selesa iaitu :
Ke mana ibu dan bapa menghilang?
Taknak menuding jari,namun rasanya agak tidak manis bila Ruth Liew memberi ceramah tak sampai separuh yang menghadirinya hingga ke akhir.Rasanya boleh bilang dengan jari sedangkan yang datang lebih daripada 200 orang.Namun,kurasakan mereka ada alasan masing-masing seperti menjaga anak-anak.Bukan apa,bagi aku inilah peluang yang tidak patut dilepaskan.
Dah habis ceramah, makan tengah hari disediakan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa .
Berselera mereka makan
Makanannya sedap-sedap belaka
Perut dah kenyang ,saya pun berjalan-jalan la dulu sebelum acara seterusnya dijalankan.Jalan-jalan dan tengok kanak-kanak bermain dan bawa Alisya main-main :
Anak siapa ni?
Alisya bukan main seronok Lagi!!
Hai,Mama dia pun nak join sekali
Lepas jalan-jalan dan main-main acara seterusnya dimulakan iaitu Silap Mata.Sebelum Sementara menunggu silap mata tu ,ada diadakan acara menari untuk kanak-kanak.Meriah dan ramai yang turut serta termasuklah anak Redmummy yang comel itu :
Let’s Dance !!
Mengancam tarian mereka.Anak redmummy menang juga.Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? .Acara seterusnya diteruskan :
Persembahan Mantap Silap Mata
Redmummy and the Gang Kusyuk dan teruja
Aku sedang kusyuk layan silap mata, isteri ku sempat beramah mesra :
Isteri bersama Elismie ( gambar kredit to ellismie )

Ramai penulis blog yang ku jumpa ,Ada yang ku kenal ,ada yang tak kukenal.Maafkan la kepada sesiapa yang saya tak tegur,kerana saya masih baru di dunia blog ini. Isteriku turut ditanya,awak ni blogger mana?Cam pernah nampak…Wanita bersama wanita lebih mudah memulakan perbualan kan?

Lepas dah habis acara,inilah masa yang di nanti-nanti.Sepuluh orang memenangi voucher Toys R Us bernilai RM100 (aku tak menang,huhuhuhu).Pemenang utamanya jatuh kepada tuah si dia yang bergambar dengan ku mula-mula tadi iaitu :

Bertuah Kak Ros @ Little Mama.Dapat pergi Honeymoon lagi ke Hong Kong Disneyland.Best dan memang diinginkan oleh ramai orang. Harap-harap tuahnya singgahla pula kat aku lepas ini.Selepas itu,penutup dan acara itu tamat dalam pukul 230 petang. Sebelum pulang, tak lengkap kalau tak bergambar dengan :
Redmummy ( Penulis blog kekeluargaan yang sangat popular!!)
Namun,sebelum pulang,semua tidak pulang dengan tangan kosong. Semua membawa ole-ole @ cenderamata daripada Friso Gold Dutch Lady :
Isteri bersama cenderamata daripada Friso Gold Dutch Lady
Keseluruhannya, acara ini memang best dan mengujakan.Aku harap aku dapat menyertainya lagi di lain masa apabila anak ku semakin membesar nanti.Mungkin makin seronok Alisya nanti.Tak lupa juga, ucapan terimakasih buat Nuffnang dan Dutch Lady Milk Industries Berhad. Lepas ni jangan lupa jemput saya lagi ya?Acara-acara yang dianjurkan oleh Nuffnang semuanya menarik.Tak sia-sia ,walaupun baru menyertai Nuffnang tak sampai setengah tahun,bermacam-macam faedah diperolehi.
Oh ya, ini adalah cadanganku agar acara ini lebih meriah di masa hadapan :

1)Diadakan acara menarik untuk ibu dan bapa seperti musical chair (hey,ibu dan bapa pun nak berseronok juga)

2)Cabutan bertuah diadakan (siapa tak suka cabutan bertuahkan?)

3)Pertandingan melukis untuk kanak-kanak jadi ibubapa mudah untuk mendengar ceramah dan tidak risaukan anak-anak sangat.

Buat Nuffnang dan Friso Gold, dengarkan lah 3 rangkap pantun dari saya :
Nuffnang Friso Gold Family Day Out nama diberi
Acaranya meriah dan menarik sekali
Terimakasih dariku,Alisya dan Isteri
Lain kali jemputlah lagi.
Friso Gold nama disebut-sebut berkali-kali
Belum lagi dicuba kerana Alisya belum cukup umur lagi
Namun teruja dengan inisiatif/kelebihan yang diberi
Susah ditandingi dan dipuji-puji suami dan isteri
Seronok sungguh kali ini
Alisya tersenyum hingga ke pipi
Tak lupa juga si Isteri
Sibuk bertanya bila acara sebegini akan diadakan lagi?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

40 thoughts on “Nuffnang Friso Gold Family Day Out

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.