Kunci Kejayaan

Kunci Kejayaan
Pernahkah anda mendengar pepatah ini Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya?Ataupun ayat ini ‘Bukan Senang nak Senang,bukan Susah nak Susah’ dan juga ”Rezeki tidak akan datang bergolek’.

Maafkan kiranya entry kali ini agak panjang.Saya mahu relate kan tajuk Kunci Kejayaan ini dengan satu kisah peribadi saya .

Tersebutlah kisah,di zaman dulu kala,tinggal seekor sang kancil dengan kura-kura.Kura-kura ini teringin sangat nak makan pucuk ubi .Sang Kancil kesian melihat kura-kura dan….Dushh….tersasul pula .Begini ceritanya.


Bersukan menyihatkan badan
Pesta rumah sukan acara olahraga semakin hampir.Aku mewakili rumahku (rumah kuning) untuk acara 1500m,800m dan 4X400 m. Si Farid (bukan) nama sebenar turut menyertai acara yang sama.Di Sekolah teknik,pertandingan diadakan mengikut tingkatan iaitu form 4 dan juga form 5.Di pendekkan cerita, acara yang aku sertai,semuanya aku kalah dan satu pingat pun aku tidak dapat.Si Farid pula memenangi semua pingat emas yang dipertandingkan dan dia memenangi Anugerah Atlet Lelaki Terbaik Form 4 .

Setahun berlalu.Pesta sukan diadakan lagi.Kali ini aku mengambil acara yang sama cuma aku turut menyertai acara 5000m. Namun sebelum pertandingan,aku disindir oleh Farid :

Farid :Hai,ada hati lagi nak bertanding?Tak serik2 lagi ke?Dahla,bagila orang yang lebih layak bertanding.Buat malu je la kalau kalah.
Aku : Takpe,rezeki ayam nampak di kaki,rezeki aku mungkin nampak di kaki juga kali ini(hey,main lumba lari,mestilah kaki mesti kuat kan)

Acara pertama dipertandingkan iaitu acara 1500M.Semangatku semakin berkobar-kobar apabila teruk aku dikutuk si Farid beberapa minggu sebelum pertandingan itu.Aku meneruskan langkah dan larianku dengan Farid semakin sekata namun entah di mana datangnya kekuatanku ,aku berjaya memotong Farid di 100m terakhir dan pingat emas pertama menjadi milikku dan pingat perak menjadi milik Farid.Acara-acara yang lain iaitu 5000m dan 4X400 m aku mendapat emas lagi dan Farid mendapat perak (Farid tidak bertanding 5000m).

Acara terakhir yang aku masuki iaitu 800m dan sekiranya aku menang acara itu,aku bakal bergelar Olahragawan Sekolah.Begitu bersemangat aku berlari dan Farid kali ini betul-betul mahukan pingat emas pertamanya.Malulah dia ,yerlah,last year di Atlet terbaik.Kugagahkan larian,kugagahkan semangat, dan di penghujung 5m terakhir Si Farid merebahkan badannya dan dia dikira sampai dulu.Pingat emas menjadi miliknya,dan pingat perak menjadi milikku.Aku tidak bergelar Olahragawan Sekolah kerana ada orang lain yang memenangi 3 pingat emas, dan 2 pingat perak (Aku 3 emas, dan satu perak).Dia memenangi acara 100m,200m,400m dan pingat perak 4X100m dan 4X400m.Tahniah buatnya.

Pengalaman mematangkan kehidupan.Apa yang ingin ku katakan kunci kejayaan’ berdasarkan pengalamanku baik di bidang pelajaran, sukan, cinta, kerjaya dan sebagainya dan juga ”Moral Of the Story” adalah :

1)Jangan Mudah Putus Asa.Kecewa sekali bukan bermakna kita akan terus tumbang.Bangkitlah dari kekalahan dan perbaiki diri untuk kejayaan.

2)Jangan perkecilkan kebolehan orang lain.Jangan perasan kita ni bagus dan jangan pula kita perasan atau perlekehkan orang lain.Di dunia blog misalnya,yang di atas, tidak semestinya akan sentiasa berada di atas,yang di bawah ,tidak semestinya akan terus berada di bawah.

3)Kalau tidak mencuba kerana takutkan kegagalan, bagaimana kita akan tahu kemampuan kita.Misalnya Blogging Contest, Hampir Semua Contest Nuffnang aku sertai dan banyak yang aku tidak menang.Namun,itu bukannya penghalang untuk terus mencuba.

4)Usaha tangga Kejayaan.Siapa sangka blog picisan ku mampu mencecah 2,000+ hits kan?
5)Pedulikanlah apa orang nak kata dan caci kita.Ambil yang jernih,buang yang keruh.Bila nak berjaya,semakin ramai yang akan cuba jatuhkan kita.Tengok Cik Epal, semakin orang kutuk dia semakin meletup blog dia kan?

Last but not least,pesanan daripada bakal tunang BeautifulNara (Agak2,yang mana ye Bang Nara akan pilih?) :
Yang Mana Satu,Pilihan Kalbu?
P/s : Kejayaan menanti sesiapa yang mengejar dan berusaha untuk mendapatkannya.Apa pula pandangan anda,what is the Key for Success?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “Kunci Kejayaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.