Kisah Upin dan Ipin

Upin dan Ipin
Arfan dan Arman (Upin dan Ipinku)

Kalini just nak story kisah Upin dan Ipin ni yang kadang-kadang membuatkan aku tergelak sorang-sorang.Pemikiran diorang ni cukup kreatif walaupun masih kanak-kanak lagi :

Situasi 1 :

Isteri

Isteriku  :  Upin bila besar nanti nak kahwin berapa orang?
Upin      :  Upin nak kahwin empat.
Isteriku  : Camne Upin nak bahagikan masa dengan isteri-isteri Upin nanti?
Upin      : 2 hari untuk isteri pertama (paling sayang), sehari untuk isteri kedua,ketiga,dan keempat.
Isteriku   : Lagi 2 hari?
Upin        :Satu hari Upin akan gilir2kan setiap sejam.
Isteriku   : Satu hari lagi?
Upin       :Satu hari lagi Upin bawa isteri-isteri Upin ke pantai sama-sama.
Isteri      : (Gelak sakan dan terkedu)

Situasi 2
Rumah

Isteri     : Nanti bila besar Upin nak bina rumah berapa tingkat?
Upin       : Enam tingkat.4 tingkat utk setiap isteri Upin,satu tingkat untuk dapur,dan satu tingkat untuk letak kereta.
Isteri      : Ipin pula?
Ipin        : Ipin nak bina Hotel.
Isteri      :  (terkesima dan tergelak sorang-sorang)

Situasi 3


Panggilan
Isteri   : Nanti besar-besar, Upin nak anak-anak Upin panggil Upin apa?
Upin     : Papa.Cam Alisya panggil Ayah Ngah.
Isteri    : Panggilan untuk Umi ngan Baba?
Upin     : Opah dan Atok.
Isteri    : Ipin pula
Ipin      : Panggil Ipin Bapak..
Upin     : Haha,bapak…(gelak sakan)
Ipin      :Bukan-bukan,Bapok…Cam cerita P. Ramlee tu..
Isteri    : Bapok?kih2..tergelak lagi..
P/s :Kreatif juga pemikiran kanak-kanak ya?Upin dan Ipinku ini tahun ni Umur baru nak masuk 8 dan 7 tahun,tapi kadang-kadang pemikiran mereka mengalahkan orang dewasa.No wonder la, both Upin n Ipin ni selalu dapat no 1-5 di dalam kelas(kelas pertama).Kreatif-kreatif…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Kisah Upin dan Ipin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.