Aura Hanis Zalikha

Hanis Zalikha, Auramu Mengancam
Sambungan daripada Penangan Cik Epal dan Melromeo, tidak lengkap kiranya aku tidak dedahkan penangan dan Aura selepas terjahanku ke blog Hanis Zalikha dengan entry yang bertajuk Ada Apa dengan Hanis Zalikha .Nak tahu camne auranya selepas menerjah?Tunggu……
Teruja betul aku selepas menerjah Hanis Zalikha,memang penangan dan auranya mengancam,selepas lebih kurang 4 bulan setengah berblog+register dengan Nuffnang,rekod baruku tercipta.Bukan untuk berbangga atau berlagak,aku tahu blogku hanyalah blog picisan namun sekadar ingin berkongsi.Lihatlah hasil terjahan tersebut :

760 unique visitors dengan 1101 views
Cuba bezakan yang ini pula (Bulan pertamaku dengan Nuffnang)
Memang aku gembira sangat,yerlah,pertama kali melebihi 500+ unique visitors bagi aku yang masih baru di dunia blog ini.Yang masih bertatih dan belajar tentang selok belok dunia blog.Banyak yang telah kupelajari dan kuperolehi dan hasilnya memang memuaskan dan aku semakin bersemangat untuk teruskan usaha dan meneruskan segmen terjah ku sendiri.Jaga lah kau BeautifulNara,U r my  next target….Hehehehe…
Redmummy Junior in the making
Kegembiraanku tidak terhenti begitu sahaja.Rezeki itu di tangan Tuhan ,cuma aku ingin berkongsi,kegembiraan ku selepas menerjah blog Hanis Zalikha tidak berhenti setakat itu :
1)Samsung Corby menjadi milik Isteriku ( Orange Team memenangi Samsung Corby Carnival yang diadakan pada 16 Januari 2010).
Pertama kali menang hadiah hasil daripada event Nuffnang ini.Sebelum ni,hanya goody bag sahaja yang berjaya kuperolehi.Semoga kegembiraan ini berterusan dan doa-doakanlah aku ye (entry Samsung Corby dan Astro B.yond belum disiapkan lagi)
2)Pertama Kali hari minggu pun blogku mampu mencecah 200+ (Ini Ahad punya,diambil ketika menulis dan auto publish keesokan harinya)
Nabil pun turut mendapat tempiasnya(Pelakon Lelaki Paling Popular ABPBH 2008 ,hehehehe)
Terima Kasih Hanis Zalikha, auramu memang mengancam.Ingin lagi aku :
Melompat Kegembiraan
Akan ku teruskan usaha dan sabar dalam berblog ini.Masih banyak yang perlu aku pelajari terutamanya dari pembaca blogku sendiri.Ku menulis sekarang ni pun ikut sedap rasa dan haluan ku ingin ke mana.Serangkap pantunku buat Hanis Zalikha :
Hanis Zalikha auramu mengancam
Hebat menawan hati tertawan
Terimakasih tempiasmu ku genggam
Teruskan usaha, kaulah insan kegemaran
Tak lupa juga buat Cik Epal dan Melromeo , auramu turut menjadi sumbangan.Teruskan usaha, teruskan nukilan.Blog mu menarik untuk diterjah.
Tak lupa juga buat pembacaku sekalian.Janji akan kukotakan.Terjahan akan kuteruskan ke blog pembaca juga.Jadi,janganlah ketinggalan,  undian akan dilakukan minggu ini.Jadi,kalau mahu blog anda diterjah dan diberikan pandangan , tinggalkanlah komen di entry ini : Penangan Cik Epal dan Melromeo
P/s :Jangan mudah putus asa….Teruskan usaha.Biarlah kita dengan cara kita namun tidak salah cuba memperbaiki di mana kurangnya.As my boss said,” if u want to know about u , u need to listen to others.Maybe they are wrong about you in giving their thought and opinion but at least they told u what they are thinking “.Jangan perasan kita ni bagus dan jangan pula nak perasan orang lain tak bagus.Kita pun semua bermula dari bawahkan?Ewaah,berceramah pula eyriqazz ni,…..Hehehe….
P/s/s :BeautifulNara, u r next..Ko memang Cool la Nara..Aku memang jeless ngan ko…Tapi terjahanku akan ku kutuk ko habis-habisan..Muahahaha…Habisla segala rahsiamu akan kubongkarkan….Preview skit pasal BeautifulNara :
Walaupun pancit di Celebrity Fitness,Bang Nara kuat dalamannya…Hehehehe…(Credit picture to Ween )
P/s/s/s :Nak tahu tips berblogging dan menambah visitors ke blog anda?Eyriqazz ble kongsi2 berdasarkan pengalaman dan pembacaan.Aku tahu aku masih belum layak untuk berkongsi tips berblogging ini,namun kalau sesiapa nak tahu komenla di entry ini ya.Kalau respons positif,nanti saya buat satu entry pasal ini.Sharing is Caring,Sharing is Power,and I believe the more u share, the more u will get.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

40 thoughts on “Aura Hanis Zalikha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.