Astro B.yond Bloggers Night

Pada 13 Januari 2010 yang lalu, saya telah menghadiri event yang dianjurkan bersama oleh Nuffnang dan Astro dengan tema “Astro B.yond Entertains Malaysian Bloggers to the High Definition Experience” yang telah diadakan di Modesto’s Sri Hartamas.Inilah yang berlaku di malam yang mengujakan tersebut.
Sesat punya sesat,akhirnya sampai di Modesto’s dalam pukul 730 malam.Sudah ramai orang berada di sana,jadi sebelum acara dimulakan,bergambarlah dulu :
Mesti mengujakan ni
Bersama Zaid

Ramai juga yang hadir
Acara dimulakan dengan :
 
Diacarakan oleh Aanont Wathanasin (pengacara Deal or No Deal)

Selepas itu, ucapan alu-aluan oleh :

Mr. Henry Tan, Chief Operating Officer of Astro
Selepas ucapan,kami dijemput makan sambil disajikan dengan persembahan :
Tarian dan Permainan Alat Muzik (first time tgk persembahan camni)
Selepas itu,tibalah ke acara yang dinanti-nantikan.Kami disajikan dengan video iklan Astro B.yond .Lihatla iklan ini (credit to : http://tianchad.com/ )

Bestkan Iklannya?
Iklan komersial ini adalah iklan yang paling lama disiarkan sepanjang sejarah iklan komersial di  Malaysia TV yang memakan masa lebih kurang 2:30 minit.

Oh ya, apa Astro B.yond ni sebenarnya?Saya masa sebelum pergi event ni blur-blur la juga.Namun,lepas dah pergi ni fahamla juga .Serba sedikit pasal Astro B.yond :

Inilah yang pernah dilalui olehku dan generasi sebelum ku
Future – Astro B.yond
1)Astro B.yond dilancarkan dan yang pertama menggunakan High-Definition (HD) di Malaysia yang akan menukar pengalaman kita dengan menonton tv dengan warna yang lebih menarik dan cantik, gambar yang lebih jelas, dan ‘cinematic surround sound’.
2)Ianya juga dilengkapi dengan pembaharuan dan peningkatan ”Electronic Programming Guide (EPG) ” yang direka untuk pemandangan yang lebih memuaskan turut akan diperkenalkan.Banyak pembaharuan akan diperkenalkan juga .
3)Astro B.yond ini dapat diperolehi dan ditonton di empat channel HD di Astro iaitu : Astro Supersport HD (Ch 831), HBO HD (Ch 431) , National Geographic Channel HD (Channel 573) dan juga HISTORY HD (Ch 575) dan akan diikuti ESPN HD (Ch 832) pada January 2010.
4)Dengan Astro B.yond ,kita dapat menonton tv dengan  :
Lihat dan Dengar tidak seperti dulu (lebih mengujakan)
Rasai dan Sentuhi tidak seperti dulu (lebih mempesonakan!!)
Mengujakan,kan?Dan inilah hasilnya :

Nampakkan perbezaannya (HD yang di dalam kotak)
Fuhh,mengujakan dan memang menarik.Sekali tengok iklan tu hati ku meronta-ronta untuk memiliki Astro B.yond ini,dan mungkin entry bertuah ini melayakkan aku untuk memiliki.Iklannya lain daripada yang lain dan gambar yang dipertontonkan lebih kurang kualiti gambar DVD ataupun cerita wayang.Teruja sampaikan hampir tak berkelip mataku menontonnya.
5)Pelanggan yang ingin melanggani dan merasai pengalaman Astro B.yond dan akses kepada HD servis bolehlah melakukankan dengan ‘sign up ‘ pada kadar bayaran tambahan Rm20 sebulan dan kontrak/komitmen selama 12 bulan.Pelanggan akan memperolehi B.yond box yang baru, smart kad yang baru, outdoour unit dish yang baru, HD Multimedia Interface (HDMI) kabel dan juga ‘remote control’ yang baru.Namun,TV HDTV kenalah beli sendiri.

Pelanggan boleh melanggani untuk Astro B.yond di http://www.astro.com.my/byond ataupun menghubungi Hotline Astro khidmat pelanggan di 1300823838 dan oleh kerana pemasangan Astro B.yond dilakukan di seluruh Malaysia,ianya akan dilakukan mengikut ‘first come,first served basis’.

Untuk maklumat lebih lanjut,bolehlah layari laman webnya di http://www.astro.com.my/byond . Banyak informasi dan maklumat menarik boleh diperolehi di sana berkenaan Astro B.yond ini.
Selepas itu,kami turut dipertontonkan dengan pendapat dan pandangan daripada :
Blogger-blogger Popular
Inilah lebih kurang testimoni/pandangan mereka yang ku ingat :
BeautifulNara : Bolehlah melihat World Cup 2010 dengan penuh teruja dan menarik.Best dan memang tepat dengan masanya.
Redmummy (tiada dlm gambar )  :Dengan Astro B.yond,dapat mengalami dengan lebih menarik.Jerawat2 di muka pun boleh nampak.
Shaolin Tiger :Fuhh,aksi kungfu yg kuidami di HDTV dan Astro B.yond.Ku ingin melihat darah-darah mengalir dengan penuh aksi.
Selepas habis acara itu,ada satu acara yang dijalankan dalam kumpulan (5 orang satu kumpulan ) diacarakan oleh :
Huai Bin @ SixthSeal
yang dinamakan ”Mencari Pembunuh” dengan klu-klu nya di kasi melalui gambar seperti ini :
Kena pakai kanta pembesar ni
Namun,nasib tidak memihak kepada kami,kumpulan yang memenangi nya adalah kumpulan :
kyspeaks and the gang
Ahli kumpulan perlu menjawab soalan berkaitan astro dan siapa yang dapat menjawab 3 soalan dengan betul/tepat bakal membawa pulang 32″ LG HDTV dan juga langangan Astro B.yond sehingga Dec 2010 (huhuhu,why my team not in the final??!!).Dan pemenangnya jatuh kepada :
Eric Yong (Rezeki,rezeki..)
Eric Yong and the gang bergambar
Apapun,aku masih belum putus asa.Games ini turut diadakan di Facebook dengan tajuknya “Murder in the Details” ,hanya perlu log in ke Facebook fan pag , http://www.facebook.com/Astro dan detailnya ada disana.Inilah lebih kurang games ini :
Menarik kan?
Mudah sahaja games nya.Hanya perlu jadi fan Astro di Facebook, cari klu-klu yang diberikan ,cari bukti dan cari pembunuhnya mengikut kriteria suspeks dan 10 pemenang bertuah bakal membawa pulang Astro B.yond sets dengan 1 tahun langanan dan 32” LG HDTV.
Aku dah try games ni,memang mengujakan.First time try,tak sempat masa dan tidak boleh cuba lagi.Huhuhuhu,lepas tu aku suruh isteriku pula mencuba dengan menggunakan Astro Akaun ibunya dan berjaya meneka walaupun tidak tahu jawapan itu betul atau tidak.Apapun,wish me Luck k?Manatau ada rezeki kami.Jadi,kawan-kawan yang ada akaun facebook dan Astro,apa tunggu lagi?Sertailah,rezeki ayam nampak di kaki,rezeki manusia siapa yang tahu.
Selepas upacara pembahagian hadiah,majlis pun bersurai.Sebelum pulang,sempatlah ku terjah dan bergambar dengan blogger-blogger yang lain antaranya :
Redmummy (Aku rasa apa yg Kak Red nak cakap adalah,dia ni bakal memenangi contest ni…Hehehe)
Rakan-rakan bloggers yang lain
Event ni memang mengujakan.Walaupun tak menang,kami tidak pulang dengan tangan kosong.Kami membawa pulang goody bag dari Astro berisi 2010 diari, pen Astro, Astrolife tumble dan fil yang berisi maklumat pasal event ini .Selain daripada itu,turut teruja kerana dapat berjumpa dengan blogger-blogger yang lain yang semuanya mesra dan peramah belaka.
Keseluruhannya event ni memang best cuma pembaharuan ataupun cadangan ku untuk memeriahkannya lagi di masa depan seperti :
1)Adakan cabutan bertuah
2)Hadiah kena lebihkan daripada 1.At least 3,biarlah hadiahnya semakin kurang lumayan,namun lebih ramai yang dapat pulang dengan muka yang lebih berseri-seri.
3)Sesi soal jawab antara bloggers dan juga Astro
4)Tambahkan games,Musical Chair pun jadi dengan hadiah turut ditawarkan(ala,dapat diskaun ataupun percuma langanan sebulan dua pun jadi)
Sebagai penutup,dengarlah serangkap pantun dariku :
Astro B.yond bloggers Night event yang hebat
Aku tertarik dan merasa gembira
Terimakasih Astro dan Nuffnang buat bloggers tertawan dan hubungan semakin erat
Di lain kali, adakan lagi ya?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

28 thoughts on “Astro B.yond Bloggers Night

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.