Air Mata Sally

Sambungan dari kisah Kepulangan Sally,setiap hari Sally berdoa agar ayahnya sembuh.Namun,setelah beberapa minggu,masih belum menampakkan respons yang positif.Ayahnya masih belum sedarkan diri,namun Sally tetap memanjatkan doa ke hadrat Tuhan.
Hinggalah ke suatu hari, dia dikejutkan oleh doktor hospital itu.Ayah Sally sudah sedarkan diri.Syukur ke hadrat Illahi,doanya dimakbulkan.Hari ke hari, ayah Sally semakin pulih dan setelah beberapa minggu ,ayahnya dibenarkan pulang.
Sally menitiskan air mata kegembiraan.Dia bersyukur,ayahnya sudah kembali pulih.Perjuangan Sally perlu diteruskan dan selepas dia mencium kedua tangan ibu dan ayahnya,dia berangkat ke KL untuk memulakan pekerjaannya.
Sally dinaikkan pangkat menjadi Jurutera di syarikat tersebut dengan gajinya turut dinaikkan.Sally gembira bekerja di situ dan dia bekerja dengan penuh dedikasi dan syarikatnya begitu menyayanginya.Sehinggalah ke suatu hari,pertemuannya dengan Fifi (pondan juga ) mengubah segalanya.

Fifi Cantik Menawan

Fifi merupakan seorang fashion designer di sebuah butik yang terkenal dan juga seorang make up artist.Wajahnya cukup cantik,sekali pandang memang tak sangka dia seorang pondan.

Fifi mula mengajar Sally tentang selok belok kecantikan dan juga jahitan serta fashion.Sally begitu tekun belajar di waktu malam dengan Fifi dan jiwanya begitu tertarik dengan fashion tersebut.Lagipun,dia memang ada bakal semulajadi dan selepas beberapa bulan bakat Sally begitu terserlah sehingga majikan di tempat Fifi menawarkan jawatan baginya untuk menjadi salah seorang pereka fesyen @ penyelia di butik tersebut.

Fashion Designer, kerjaya idaman

Betapa gembiranya Sally,namun dia perlu membuat keputusan.Adakah dia akan melepaskan jawatannya di syarikatnya yang menawarkan gaji yang lebih lumayan ataupun bertukar kerja yang dia pun masih mentah namun semakin diminatinya?Apakah agaknya keputusan yang dibuat oleh Sally?Saksikanlah sambungannya selepas iklan Milo  dan Digi nanti….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Air Mata Sally

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.