Ada Apa Dengan Melromeo

Melromeo oh Melromeo
Mood agak baik sedikit.Jadi ruangan terjah bersama GTO diteruskan lagi.Kalini eyriqazz ingin menerjah saudara Melz @ Melromeo.Sedikit info yang korang tak tahu pasal saudara Melz :
1)Melromeo ni seorang gay
2)Melromeo pernah bercinta dengan Hanis Zalikha
3)Melromeo anak seorang Jutawan
Hahaha,semua info di atas adalah dusta belaka.Hanya usikanku buat saudara Melz. Jangan marah ya Melz,nanti ketinggian mu hilang serinya.Melz ni antara blogger baru yang tengah meningkat naik.Kepopularannya blehlah dikatakan sama naik dengan Cik Epal.Dalam masa kurang dari 6 bulan,followernya sudah mencecah almost seribu.Aku berani jamin by bulan 3 ni,followers nya akan mencecah seribu.Nak tengok Melz dengan lebih dekat lagi?Saksikanlah gambar ini :
Ketinggian dan Kehenseman Melz tidak dapat disangkal lagi
Ok,berbalik kepada tajuk utama.Inilah komen dan reviewku kepada blog Melz begitu popular,sensasi dan digemari ramai :
1)Design blognya sangatlah cantik dan menarik untuk disinggahi.First impression memainkan peranan yang penting.Bagi yang first time singgah,mesti korang rasa nak singgah lagi kan?Itulah impression pertamaku,bukan setakat singgah,terus aku follow blog dia .Dia punya tagline pun menarik,Sharing is Caring.Memang caring la ko Melz,pinjam duit seribu ble.Ala,ko kan dah dapat 7  ribu cek Nuffnang terbaru tu.Hehehe,bergurau je Melz…
2)Melz tak lokek ilmu dan berkongsi tips-tips yang bagus terutamanya pasal Nuffnang.Cam Cik Efa kata,kalau sebut pasal duit,kucing pun akan toleh.Itulah kelebihan Melz ini.Antara tips-tips menarik Melz adalah :

Selebihnya,terjah la sendiri.Banyak lagi tips-tips berguna di sana.Akupun byk belajar dari Melromeo ini.Beginner tidak semestinya kurang pandai/berilmu kan?Melz ni aku rasakan ada harapan di masa depan untuk menjadi Top Blogger.Usianya pun masih muda.Hensem dan masih teruna lagi.Hehehe….
3)Melz mesra reader.Siap ada ruangan ask Melz lagi.Tak caye,tryla add dia di YM(Yahoo Messenger) dan bila dia online cubalah tegur dia.Believe me,dia akan balas kalau dia tak busy.Dialah juga yang banyak kasi tips kat aku semasa ber YM dengannya (hehehe,selepas bertahun2 tak berYM) antaranya kunjung balas ke blog orang yang komen, balas komen, dan sebagainya.
4)Melz ada contest di blog nya.Yang menariknya contestnya 2 way.berkongsi trafik.Contohnya soalan di blog aku,jawapan di blog dia.Aku dah cuba di Kuiz 8,memang berkesan.Adalah pertambahan trafik dan view.Hadiah2nya pun cukup menarik,siap ble dating ngan Melz lagi.Jadi,wanita-wanita di luar sana yang tengah mencari,jangan lepaskan peluang keemasan ini.
5)In Person,Melz ni memang Cool dan peramah orangnya.First time jumpa Melz ni di Digi Pimp My Day event,memang terserlah ketinggian dan kehensemannya.2km pun ble nampak dia.Hehehe,dahla tu,dikelilingi 3 awek .Ajak join team aku taknak,mentang2 la ramai peminat.Gurauje,tak sempat nak ajak pun ,dia dah ada team.Melz memang peramah,rambut ala-ala Faizal Tahir dan cool orangnya.Dia ada tunjuk gambar dia masa zaman Universiti,fuhh,ganas.Mesti kaki pukul ni.Terus dia balas,mana ada,baik je.Hehehe,aku saja je nak sakat dia.Melz ni semut pun dia tak berani nak pijak,inikan nak pukul orang.
6)Penulisannya bergaya, dan menarik untuk dibaca.Gaya penulisannya kreatif,lain dari yang lain dan memenuhi jiwa remaja dan pelbagai peringkat umur.Melz berani dan tidak takut meluahkan pendapatnya.Tak lupa juga,Melz ni pandai berpuisi.Aku memang suka giler dengar puisi Melz,mesti dulu dia tackle awek pakai puisi.Almaklumlah,Mat Romeo.Kenalah pandai berpujangga.Katanya,semua buku cinta Ahadiah Akasyah dah 7 kali dia baca.Hehehe…
7)Ada kelainan yang terserlah di blognya.Blognya lain dari yang lain,entry nya tidak meniru penulisan orang lain dan gaya bahasa nya mudah difahami.Di samping itu,Melz selalu melakukan pembaharuan yang berkesan di blognya.
Itu saja setakat ini.Oleh kerana review ini pun tak berbayar,Melz,anda berhutang cipta header untuk blogku.Aku dengki ngan headermu.Hehehe,gurauje,tengoklah ada masa nanti aku  buat contest mencipta header.
P/s :Who’s next?Hanis Zalikha kot…Hehehe…ex-gf Melz….
P/s/s :Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.Biarlah blog kita dengan cara kita tersendiri namun tak salah memperbaiki kekurangan yang ada.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

44 thoughts on “Ada Apa Dengan Melromeo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.