Ada apa dengan Cik Epal

Cik Epal Oh Cik Epal

Terpanggil untuk menulis pasal Cik Epal kali ini selepas membaca entry ini :

http://cikepal06.blogspot.com/2010/01/nuffnang-viewers-visitors-hari.html

Inilah Analytics Cik Epal seperti di post tersebut :

Meriah bukan?
Tak perlulah aku nak bercerita panjang lebar.Kali ini aku hanya ingin memberikan pandangan peribadi kenapa blog Cik Epal mempunyai hit yang begitu tinggi dan dikunjungi ramai.Kalau ada tersalah dan silap harap maafkan la ye?
1.Cik Epal sangat open dan Outspoken blogger.Dia berani meluahkan apa yang dia rasakan betul walaupun ada insan-insan yang mengeji dan mencaci.Tengoklah juga apa yang diperkatakan oleh Redmummy berkenaan Cik Epal Ini seperti di entry ini :
Cik Epal is a new name/blogger to me, she seems to be an outspoken blogger, the way she wrote in her entry, sangat mengganas jugak. aku pun dulu ganas gak bahasa tapi waktu marah2 je lah. skang kalo marah2 pun pi taji kat sirman, telinga dia menadah jer, busuk2 pun carik GBM, or i did a protected entry. being known by most of readers, susah nak mengamuk2 cam dulu.

Pls give support to Cik Epal @ Chipsmore…emm tak nak tukar template ke yang? sakit gak mata akak ngan template ko yang bergerak2 icon sana sini ada background tuh hahahahaha. first thing first, Cik Epal baca entry ni nanti yer. tips for blogging gak nih. A bit of being genuine blogger is here.

2.Gaya penulisan Cik Epal simple, dan mudah difahami.Cik epal tidak merumitkan entry-entrynya dan gaya penulisannya bersahaja dan seperti yang terbuku di hati.
3.Cik Epal seorang pelajar.Jadi,mungkin ramai rakan-rakan pelajar turut membacanya serta menyebarkan kemeriahan blognya.Word of mouth is a very powerful tools nowadays.Hey,tengoklah Cik Hanis Zalikha,boleh dikatakan separuh daripada followersnya adalah wanita berusia 25 tahun ke bawah rasanya.
4.Entry Cik Epal mengikuti perkembangan semasa dan entrynya juga diselitkan tentang artis iaitu entry yang menjadi kegilaan ramai.Hey,tengoklah BeautifulNara,berpuluh-puluh ribu orang singgah di blognya sehari.
5.Sesetengah entry Cik Epal agak sensasi dan kontroversi.Rakyat Malaysia sukakan entry bercorakkan kontroversi ,gosip ,dan kawasan yang sewaktu dengannya.Antaranya entry kontroversi contohnya :


Yang selebihnya bolehla terjah sendiri.

6.Cik Epal rajin juga blogwalking terutamanya kepada komentator yang meninggalkan jejak di blog nya.Contohnya aku sendiri,dalam seminggu mesti Cik Epal jejak balik.Itulah mesra reader namanya.Itulah yang aku amalkan juga cuma cepat atau lambatje jejak balik.Almaklumlah,dah berkeluarga,masa agak terhad sedikit untuk jejak kembali.Namun,aku tetap akan singgah dan tinggalkan komen kepada komentator yg jejak di blog ku.
7.Template dan design blog dia simple.As a reader,tak suka lah tengok blog yang banyak -banyak widget ni cam ada jam besar,lagu yang annoying,ada kartun-kartun bergerak,word verification,tulisan kecil dan banyak sangat warna-warni.Sakit mata.So,boleh dikatakan blog Cik Epal ni mesra reader dan user friendly.
Itu sahaja buat kali ni.Observation ini dibuat sama seperti observation yang dibuat ke atas redmummy seperti entry ini : http://eyriqazz.blogspot.com/2009/10/reddish-redmummy.html cuma dipendekkan kerana tiada hadiah ditawarkan.Jadi siapa yang ingin direview seterusnya,kenalah kasi hadiah.Hehehe,just kidding,review ni dibuat suka-suka sahaja.Sekadar berkongsi pendapat peribadi.Tak semestinya betul kan?
P/s :Kepada Cik Epal,teruskan usaha.Saya masih lagi mencari 400 unique pertama saya sehari.Harap-harap singgahla tempias kat saya lepas entry ini.
P/s/s :Jangan mudah putus asa.Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.Biar lambat ,asalkan selamat.Jangan kerana terlampau mengejar visitors,yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

71 thoughts on “Ada apa dengan Cik Epal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.