4 Tips Mendapat Cinta Bagi Lelaki

Aku bukanlah Mat Romeo mahupun Melromeo .Namun,aku ingin berkongsi tips ini melalui pengalaman dan juga pembacaanku.Aku pernah dikecewakan,aku pernah mengecewakan,dan aku juga pernah mendapat Cinta yang kuingini.

Hrithik Roshan pun ikut tipsku ini
1)Perbaiki Penampilan Diri

Cara berpakaian mestilah dijaga.Kalau baju pun tak bergosok dan berbau,wanita mana mahu berkenan?Lainlah anda anak jutawan ataupun Ahli Politik berpangkat datuk,Artis Cun pun senang nak dapat(opps,tersasul pula).Kebersihan juga penting,rambut,kuku,dan bau badan.Wanita tu kan lembut jiwanya,kalau kena dengan caranya jadi mudah sahaja.Yang penting kenalah usaha,jangan ingat jodoh akan bergolek begitu sahaja.
2)Perbaiki Tingkah Laku Anda

Perbaiki lah tingkah laku anda.Wanita amat tidak suka kepada lelaki yang panas baran termasuklah juga isteri sendiri.Pernah Isteri berkata,Abang sebelum kahwin takdelah panas baran camni.Akan kuperbaiki ini jua,janganlah ambil mereka ”As granted” walaupun mereka isteri kita.Jiwa mereka begitu lembut dan berseni dan hargailah dia sebelum anda terlepas kannya.Satu lagi,wanita ni kebanyakannya suka shopping.Jadi kalau temani mereka bershopping,cubalah happy kan hati mereka.Hati mereka happy,jiwa pun mudah bertaut kan?

3)Yakin Kepada Diri Sendiri
Alahai,kalau tak yakin pada diri sendiri ,camne nak tackle awek kan?Belajarla untuk mengenali hati wanita,jangan takut untuk menegur jika hati sudah berkenan.Namun,biarlah kena dengan caranya.Kalau first time jumpa terus luahkan rasa cinta,agak-agak wanita akan menerima?Lainlah kalau anda sekacak Rosyam Nor, Fahrin Ahmad (opps,dia pun selalu dikecewakan) dan Tom Cruise.
4)Kenali Jiwa Wanita
Wanita itu pelbagai keletah dan perangai nya dan sukar dimengertikan jiwanya.Namun,kebanyakannya mempunyai ciri yang serupa.Wanita mahukan kasih sayang, perhatian (pandai-pandaila,wanita mudah tertarik dengan lelaki yang caring/prihatin), kesetiaan,dihormati, dihargai dan berikan ruang seadanya buat mereka.

Itu sahaja rasanya yang boleh saya kongsi.Kalau nak lebih lagi,bleh la tanya kat Saudara Melromeo.Dia tu memang Romeo Malaysia.Hehehe,Sorry Melz,hanya bergurau.

P/s : Cinta itu Indah andai kita pandai menghargainya.Amalkan ”give and take” dalam percintaan.
P/s/s : Wanita itu berseni jiwanya.Kena dengan caranya,lembut la hatinya.Jangan mudah putus asa andai pernah dikecewakan.Kalau dah jodoh,tidak kemana.Kalau takde jodoh, berusaha setinggi mana pun tidak akan berupaya.

P/s/s/s :Ada sesiapa mahu tambah ?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “4 Tips Mendapat Cinta Bagi Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.