Senyumanmu Alisya Pengubat Hati Papa

Menarik juga contest yang sedang dianjurkan oleh Mombloggersplanet di http://www.mombloggersplanet.com/2162/cutest-baby-photo-contest-december-09/ .Hadiah menarik dari penganjur iaitu Photobook Malaysia dan juga AliceWonders .Tajuk contestnya ialah “Cutest Baby SMILING“.

Aku ingin mencuba nasibku dan sertai contest ini.Hati semakin berkobar-kobar selepas mendapat invitation daripada Mister Potato untuk menyertai Mister Potato Fiesta 2009 yang akan diadakan pada 19 December 2009.Hey,daddy pun boleh join,bukan untuk mommy sahaja.Kata orang tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia nampak di …..(apa ya?).

So,let me introduce you to The Beautiful and Lovely :

Nurul Alisya Ilyani (D.O.B : 22 June 2009 )
Kenapa saya suka lihat bayi saya tersenyum?

1) Senyumannya begitu manis dan menawan.Hati yang sedih dan gusar menjadi lapang dan senang.Balik rumah ,penat bekerja rasa hilang.Puteri tersenyum,senyumanmu menjadi ingatan dan hariku bertambah ceria dengan senyuman Alisya,puteri tersayang.

2) Bila mata bertentang mata

Senyuman Alisya menusuk jiwa
Anugerah Illahi tidak terhingga
Anak yang comel ,senyuman menawan pengubat hati jiwa dan raga
3)Senyuman si puteri menambahkan keyakinanku untuk terus berjaya dalam menjalankan tugasku sebagai seorang bapa,suami dan juga ketua keluarga.Bila Alisya tersenyum,kutahu Alisya gembira dan aku turut bergembira sama.
4)Senyum itu sedekah.Bagiku senyum si anak penambah rezeki.Alhamdulillah,rezekiku semakin murah sejak kelahiran Alisya.Senyum Alisya membuatkanku lebih bersungguh-sungguh dalam apa jua yang aku lakukan.Sebagai contoh,blogging.Walaupun masih mentah di dunia blogging,semangat dan senyuman si puteri menjadi pencetus semangat dan idea dan akhirnya aku telah berjaya memenangi beberapa contest dari blogging seperti Pimp My Broadband contest by Digi, Project Alpha dari Nuffnang dan Adidas Action 3, Premiere Screening dan terbaru jemputan untuk turut serta ke Mister Potato Fiesta 2009 dan terpilih sebagai Contributor untuk Mombloggersplanet.
5)Kau tersenyum,ku tersenyum,
Pengerat ikatan seisi keluarga,
Senyuman manis buat mama tersenyum menguntum,
Hatiku gembira tidak terhingga.
P/s : Marilah sama-sama join contest ini.Mana tahu ada rezeki anda.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Senyumanmu Alisya Pengubat Hati Papa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.