Sekolah Menengah Teknik Terengganu

Logo Sekolah Menengah Teknik Terengganu
Sekolah Menengah Teknik Terengganu
Sekolahku satu ketika dahulu
Kenangan manis dan pahit bersamamu
Takkan ku lupa detik-detik itu
Ingatkah dikau detik pertemuan pertama kita itu
Kujejakkan kaki terburu-buru
Sekolah Agama kutinggalkan hari itu
Hanya kerana menerima panggilan kedua darimu
Kelas Perdagangan ketika itu
Kutukar kelas KP satu
Hanya kerna 4 orang lelaki sahaja kelas yang lagi satu
Konon-kononnya minat kimia dan fizik alasan ku ketika itu
Alahai,gelinya hatiku
Teringat detik itu
Ramai awek di kelasku
Cantik belaka semua memburu
Namun siapalah aku
Lelaki miskin nak ajak date pun aku tak mampu
Namun itu bukan niatku
Belajar dan yang terbaik bagiku
Masa depan tengah menunggu
Mengelamun sakan satu ketika dulu
Nasib baik Cikgu Nik Jamilah menegurku
Tersentak dari lamunanku
Kupasangkan niat dan aku tumpu
Cikgu mengajar aku fokuskan diriku
Kenangan manis ketika itu
Jadi pengawas dan Pengerusi kelab tugasku
Jual burger di hari minggu
Cukup akhir tahun pi KL dan Pulau Pinang tak sia-sia penat lelahku
Sekolah Menengah Teknik Terengganu
Orang bertanya aku tak malu
Itulah asal sekolahku
Tempat bermain dan kenangan beribu-ribu
Panjat tangki air melepas rindu
Tengok kapalterbang naik dan turun sungguh salju
Namun kusedar siapa diriku
Tiket wayang pun aku tak mampu
Namun,tuah manusia siapa yang tahu
Ku dapat terbang ke UK nun yang jauh itu
Berkat belajar di Sekolah Menengah Teknik Terengganu
Terima kasih sekolahku
Tanpa mu siapa lah aku
Tak lupa juga buat guru-guru
Mengajar aku tanpa jemu
Penat dan lelah mendidik aku
Terima Kasih Sekolah Menengah Teknik Terengganu

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Sekolah Menengah Teknik Terengganu

Leave a Reply to ♥Hernee Nazir♥ Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.