Restoran Sate Kajang Haji Samuri

Perbualan ku dengan isteri pada malam Ahad, 13/12/09 :
Isteri :Papa,teringinlah nak pi makan di Restoran Sate Kajang Haji Samuri.Lagipun,sayang nak pi singgah kedai Avon kat Jalan Gombak,ada promosi.
Aku : Boleh aja.Hari minggu kan hari bersama keluarga Jomlah pi.
Kamipun pergi la singgah dan pekena :

Sate Kajang Haji Samuri
Restoran Sate Kajang Hj Samuri Taman Melati
Restoran ni memang kegemaran isteriku.Juga mak mertua dan bapa mertuaku.Kalau diorang datang berkunjung (dari Kelantan) ,tak sah kalau tak singgah di restoran ni.Mak mertua ku cakap satenya besar,sedap dan susah nak cari di Kelantan(ada ke?)
Tempat membakar Sate
Menarik pemandangan.Boleh tengok orang membakar sate sekali.Tak terbau pun asapnya,pandai diorang buat.
Kuah Sate Kajang
Kuah dia pun best.Sambal pedas nya memang Umpph dan mengancam.Sedap hingga anakku pun menangis…Hehehe…
ABC Teringin dan Air Laici
ABC Teringin dia memang best.Sekali cuba,teringin lagi.Patutla nama teringin.Sedap dan mengujakan.Kegemaran isteri dan mak mertuaku.
P/s :
Sate Kajang Hj Samuri nama diberi,
Tersohor ke seluruh pelusuk negeri,
Satenya sedap cubalah sekali,
Cuba sekali pasti nak lagi.
Cawangan nya banyak sekali,
Harga berpatutan layanan mesra sekali,
Ku singgah sudah berkali-kali,
Namun masih teringin nak pi lagi.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

37 thoughts on “Restoran Sate Kajang Haji Samuri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.