Penantian Sally Berakhir

Sambungan dari kisah Misteri Kehilangan Mamat , setiap hari di waktu petang Sally menunggu agar Mamat akan cepat kembali meneruskan pengajiannya dan menegurnya kembali.Rasanya  sunyi dan merindui teguran dari Mamat.Kadang-kadang ,Sally tidak tidur lena memikirkan si Mamat.Entah penangan apa yang si Mamat pakai sampaikan di suatu malam, Sally termimpi-mimpi yang Si Mamat tengah hangat bercinta di kampung dengan :

Hanis Zalikha
Di malam yang lain pula, Sally bermimpi yang Si Mamat sudah berhenti belajar dan sedang mencuba nasib di :
Akademi Fantasia
Atau mungkinkah Mamat tidak akan kembali dan mengikut jejak langkah bapanya menjadi :
Seorang Nelayan?
Namun,di suatu petang yang hening, dia dikejutkan dengan satu suara dari belakang :
”Hii,mengelamun sakan akak?”
Sally menoleh kebelakang dan terkejut dia melihat kelibat seseorang yang cukup dikenalinya :
Sally : Ma…Mattt…..Mamat sudah kembali?Mamat Sihat?
Mamat :Kembali dari mana kak?Mamat sihat…
Sally :Dahla-dahla,akak dah tau dah semua pasal Mamat.Si Ali yang ceritakan kak Akak…Maafkan Akak Mamat,Akak salah sangka dan selalu memarahi Mamat dulu.
Mamat :Yang lepas biarlah lepas kak,Mamat tak ambil hatipun.Lagipun,Mamat tegur Akak kerana Mamat tengok Akak selalu termenung keseorangan setiap petang.
Perbualan mereka tidak terhenti di situ sahaja.Sally mengajak Mamat keluar makan malam itu.Mula-mula Mamat menolak,namun selepas berkali-kali Sally mengajaknya dan memohon maaf,tidak sampai hatinya untuk mengecewakan perasaan Sally.
Malam itu Sally membawa Mamat makan di :
Gerai Air Buah Gelas Besar Datuk Keramat,KL
Cukup berselera Sally dan Mamat makan  dan begitu rancak mereka berbual malam itu .Tidak sedar yang masa begitu pantas mencemburui mereka dan sudah hampir pukul 12 malam sejak mereka sampai di gerai tersebut beberapa jam yang lalu.Dari tajuk berkupas soal keluarga,politik,sukan,sehinggalah ke soal Cinta.Macam-macam perkara yang mereka bualkan dan sungguh tidak disangka Sally yang Mamat pandai bercerita dan peramah orangnya.Walaupun budak kampung,Mamat mempunyai tatasulila yang tinggi pada hemahnya.
Sally sudah mula yakin dan tertarik dengan keletah dan gerak-geri Mamat.Sungguh unik si Mamat ini dan tidak pernah dia berjumpa lelaki seperti Mamat.Sekali pandang,wajah Mamat ada iras-iras rupa
Rosyam Nor
Sally mula mengorak langkah dan dia pun menyuarakan hasrat hatinya kepada Mamat yang telah dipendam semenjak Mamat menghilangkan diri.Agak kaget dan terkejut Mamat di buatnya apabila mendengar pemintaan daripada Sally ketika itu.Di pertemuan pertama mereka yang dapat mereka berbual mesra,tidak disangka Sally membuat pemintaan seperti itu.
Apakah Permintaan Sally?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Penantian Sally Berakhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.