Misteri Kehilangan Mamat

Inilah sambungan cerita Kisah Si Mamat sebelum ini. Apakah yang akan terjadi antara :
Mamat dan Sally?
Hinggalah ke suatu hari, Sally tidak lagi nampak kelibat Mamat.Rasa rindu pula bila sudah tiada orang yang selalu menegurnya setiap hari.Apakah agaknya yang telah terjadi kepada Mamat?Sally tidak keruan dibuatnya,walaupun dia selalu marah-marah Mamat apabila Mamat menegurnya, jauh di sudut hatinya,dia gembira apabila Mamat menegurnya.Rasa dirinya dihargai dan insan itu ikhlas menegurnya.Namun,Sally tetapkan niat dan menunggu lagi keesokan hari.
Keesokan harinya, Sally masih belum nampak kelibat Mamat.Entah ke mana menghilang si Mamat,kata Sally di dalam hati.Begitu la juga hari-hari seterusnya berterusan hampir seminggu.Sifat ingin tahu Sally semakin berkobar-kobar untuk mengetahui :
Misteri kehilangan Mamat?
Akhirnya, di suatu petang,Sally membuat keputusan untuk bertanyakan tentang hal Mamat kepada rakan Mamat yang selalu lalu di kawasan rumahnya setiap petang.Dijemput rakan Mamat masuk ke rumahnya.Sally menghidangkan hidangan  goreng pisang panas beserta ubi kayu rebus petang itu.Hujan mula turun dengan lebatnya dan hidangan Sally petang itu benar-benar membuka selera rakan-rakan Mamat .Susah nak dapat hidangan sebegitu dan bagi mereka hidangan petang itu begitu istimewa dan
Sangat Bestt!!
Sambil menikmati hidangan goreng pisang dan ubi kayu rebus yang dimasak sendiri oleh Sally, mereka pun berbual-bual pasal Mamat.Rupa-rupanya, Mamat bukan menghilangkan diri.Mamat pulang ke kampung kerana ibunya sedang sakit kuat.
Rakan-rakan Mamat pun menceritakanlah keadaan Mamat kepada Sally.Sebak Sally dibuatnya apabila mendengar kisah Mamat.Rakan-rakan Mamat memberitahu,Mamat memang hidup susah.Walaupun mereka sanggup menolong dan memberikan bantuan kewangan,Mamat menolaknya dengan baik.Kata Mamat biarlah dia hidup berdikari.Dia tidak mahu menyusahkan rakan-rakannya.Biarlah dia makan maggi ataupun biskut kering bercicahkan air kosong,asalkan dia tidak menyusahkan rakan-rakan dia yang lain.
Bukan itu sahaja,baju yang Mamat pakai adalah baju bundle yang kebanyakannya tak sampai RM10 sehelai, kasutnya sudah beberapa kali ditampal, dan banyak buku pelajaran Mamat dipinjam daripada perpustakaan dan rakan-rakan kerana Mamat tidak mampu untuk membeli buku sendiri.
Sally semakin sebak dan menyesal kerana selalu memarahi,mengherdik,dan menghalau Mamat setiap kali Mamat menegurnya.Namun,Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.Sally tidak dapat menahan sedihnya dan
Air matanya jatuh bercucuran
Sally mengucapkan terimakasih kepada rakan-rakan Mamat dan bertanyakan bila Mamat akan kembali untuk meneruskan pengajiannya namun tiada seorang pun mampu menjawabnya.

Jauh di sudut hati Sally,dia merasakan Mamat akan kembali.Sally akan menanti kepulangan Mamat dan ingin dipanjatkan kemaafan kepada insan bernama Mamat.
Namun,adakah penantian Sally akan terjawab?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Misteri Kehilangan Mamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.