Mister Potato Fiesta 2009 (Final Part)

Sambungan dari Mister Potato Fiesta 2009 .

Persembahan dari Kumpulan Hujan
Hujan Lagi
Persembahan daripada kumpulan Hujan memang best especially untuk orang cam aku ni yang tak pernah pi mana-mana konsert . Memang mengancam nyanyian mereka..
Finalist Mr Potato #1 Man in Mister Potato Empire Showdown (@ Mr Potato look alike)

Wild Card for Mr Potato #1 Man in Mister Potato Empire Showdown
Berjoget sakan geng2 Wild Card. Hadiah beribu2 bebb menanti pemenang!!

Finalist pertama.Mengancam dia menari!!
Finalist kedua dan juga finalist tarian terbaik

Menari bersama Mascot Mr. Potato

Mari adik goyang2…
Saya sangkakan dia ni bakal memenangi hadiah pertama kerana pengacara beberapa kali menyuruh dia menari berkali-kali.Pemenang ditentukan mengikut undian orang yang hadir(just cheers ataupun menjerit la,skali sahaja).Walaupun saya nampak dia bakal menang,namun saya tidak vote untuk dia kerana vote saya sudah saya nekadkan kepada…..Tunggu….

Finalist ketiga @Pemenang tarian terbaik @RM1,500 miliknya
Mamat ni memang terror menari.Sayang bajunya tak begitu iras Mr. Potato.Kalau tak,rasanya dia boleh menang.Kalau tak silap namanya Syed Abdillah.Kalau sesiapa nak belajar menari,blelah cari dia.Tariannya memang hebat,kecil-kecil cili padi…
Finalist keempat @Pemenang tempat ketiga @RM2,000 tunai.
Finalist kelima@ pemenang tempat kedua @ RM3,000 tunai
Pemenangnya?Hehehe,mula-mula masa dia naik pentas,aku cakap dalam hati ku,minah ni confirm tak menang ni.Gaya cuakje dan takde gaya langsung nak menang.Tapi ,sekali dia tunjuk skill menari,terkedu aku.Kat mana dia blajar pun aku tak tahu.Terus aku cakap,tak kisahla dia menang or kalah,aku nak vote untuk dia ni..Pertuturan dia cool,bersahaja,dan bestla…tup2,baca blog dia rupanya2 dia ni baru lagi juga ngan Nuffnang.Mamat wildcard @ Doktor Psiko @ Mr Lab tu adalah suaminya.Tak sangka ya rezeki awak,dan inilah pemenang pertama :

Phatgurl memenangi grand prize RM5,000
Fuhh,lumayan tu.Tak sia-sia berblog n join contest ni kan?By the way,moral of the story : don’t judge book by it cover.Tengokla rezeki phatgurl,tak sia-sia dia dressing mengancam.Berbaloi la kalau sewa baju beratus-ratus pun kan?Tahniah juga kepada pemenang,sorrylah tak link kat blog korang coz tak tahu blog korang.
Oh ya,untuk pemenang blogging contest Mr. Potato pula,pemenangnya adalah :
1)Tempat ketiga @ Chon Chee Ching (tak sempat salin address blog dia) @RM2,000
2)Tempat kedua @ The EggYolks @RM3,000
3)Tempat pertama @Nurashikin Muhamad Shukor (tak tahu blog dia juga) @ RM5,000
P/s :Kepada sesiapa yang tahu blog address pemenang,informla ya.Bleh saya update kan di sini juga.
Selain daripada itu sempatla juga tengok :

Mascot Mr Potato menari
Wah2,bukan main lagi Uncle Potato ni menari…
Saya tidak menang apa-apa.Cabutan bertuah dan hadiah di malam itu pun saya tak menang.Namun,saya puas hati dapat hadir di majlis ini.Apapun,semua membawa pulang :


Goody bag berisi barangan Mr. Potato
At least,semua gembira tak pulang dengan tangan kosongkan?Keseluruhannya,event ni memang best dan mengujakan.Terima kasih yang tidak terhingga kepada Nuffnang dan Mister Potato kerana menjemput saya.Lain kali,jemputlah saya lagi ye?Saya pasti datang memeriahkan acara.
P/s :Tak sabar pula nak pergi Nuffnang Friso Gold Family Day Out pula, mesti meriah dan menarik juga.Panggilan telefon sudah diterima daripada Nuffnang,cuma menunggu pengesahan daripada e-mail pula.Thanks Nuffnang

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

68 thoughts on “Mister Potato Fiesta 2009 (Final Part)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.