Kisah Silam Sally

Sambungan dari Kisah Permintaan Sally, Mamat yakin dengan keputusannya menerima permintaan Sally menjadi adik angkatnya.Dia tidak pernah berangkat-angkat sebelum ini,namun dia yakin yang Sally benar-benar ikhlas.Mamat teringat kembali apabila Sally bercerita “Kisah Silamnya”
Sally sebenarnya sama seperti lelaki yang lain sebelum ini walaupun jiwa lembutnya sudah mula terbit semenjak dia kecil lagi.Sally pernah bercinta dan kekasihnya begitu cantik, secantik :

Tizz Zaqyah
Di sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.Cintanya dirampas oleh insan ketiga.Semakin merumitkan keadaan apabila insan ketiga tersebut adalah abang kandungnya sendiri.Kekasihnya (Sheila) memilih untuk menerima Abang Sally (Farid) kerana Farid berjawatan tinggi,bergaji besar, dan lebih hensem daripada Sally.Pertemuan mereka apabila dipertemukan oleh Sally telah membuahkan titik-titik cinta dalam diam dan akhirnya mereka meluahkan perasaan mereka kepada Sally dan keluarga untuk berkahwin.
Hancur luluh hati Sally apabila mendengar kata-kata abangnya dan insan yang paling disayanginya.Harapkan pagar,pagar makan padi.Selama ini Sally bekerja bertungkus-lumus dan tidak menyambung pelajarannya demi membiayai pelajaran abangnya dan kasih sayang yang dicurahkan ke atas Sheila tidak pernah putus namun tuba akhirnya yang dibalas.Barulah dia sedar betapa materialistiknya Sheila.Kepercayaannya direntap begitu saja di depan matanya sendiri.
Sejak detik itu, Sally sudah tidak percayakan wanita lagi (sebagai kekasih) ,dia mula berubah dan Sally :

Membawa diri Ke Kuala Lumpur
Semenjak detik itu juga,Sally mula berubah.Jiwa lembutnya semakin terbawa-bawa apabila mengenangkan kisah dia dan Sheila.Sally mula berkawan dengan lelaki-lelaki lembut dan juga pondan-pondan yang lain.Jiwanya begitu serasi dengan mereka dan Sally mula hanyut dibuai keseronokan lain yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.

Sally mendapat pekerjaan di sebuah kilang dan berkat kesungguhan dan kepandaiannya (keputusan SPM Sally sangat bagus sebelum ini namun dia tidak menyambung pelajarannya demi keluarga dan abangnya Farid),selepas beberapa tahun syarikatnya itu menawarkan dia untuk melanjutkan pelajaran/latihan industri di Amerika Syarikat.Namun,adakah Sally akan menerimanya dan apakah yang bakal terjadi selepas ini?

Dan Adakah Sally akan terbang ke USA?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Kisah Silam Sally

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.