Kahwin oh Kahwin

Hai susahnya dalam hati
Nak kahwin duit tak cukup lagi
RM20 ribu sudah pasti
Rasanya ingin buat pinjaman peribadi
Namun syarat tak cukup lagi
Masih belum disahkan jawatan sehingga kini
Si dia ternanti-nanti
Mak dan ayah tak sabar menanti
Menantu untuk si puteri
Puteri tunggal penawar jantung hati
Apalah yang perlu ku buat lagi
Takut si dia disunting orang lain diterima keluarga menyesal tak sudah nanti
Aduhai,pilunya hati
Kenapa perlu jadi begini
Kalau Pinjam Ah Long faedahnya menggunung tinggi
Usah cari nahas perkara begini tiada kompromi
Tekadkan usaha pasangkan niat di dalam hati
Kalau dah jodoh ke gunung tinggi sanggup didaki
Lautan api sanggup direnangi
Berkata-kata mudah sekali
Cubalah sekali aku nak tengok bukti
Wahai adikku berat sungguh bebanan lelaki
Mencari duit untuk bakal si isteri
Cincin ala kadar buat malu je nanti
Majlis kahwin hanya sekali
Memang dah takdir si lelaki
Adat dan resam mesti ditepati
Mulut orang susah nak dizipi
Untuk menjadi raja sehari
Banyak halangan yang perlu ditempuhi
Bukan mudah ada yang tertewas bawa diri
Ada pula yang kahwin lari
Tak cukup duit,kahwin lari pun jadi
Kahwin oh kahwin , hanya yang mengalami yang mudah mengerti
P/s :
Luahan hati sendiri
Sebelum kahwin rintangan perlu ditempuhi
Kewangan masalah utama zaman kini
Mujurlah semuanya berjalan rapi
Pinjaman peribadi berjaya diperolehi
Isteri penyayang ,anak yang jelita,dan dimurahi rezeki
Terima kasih di atas kurniaan Illahi

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Kahwin oh Kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.