Fauziah Latiff

Fauziah Latiff
Isteriku begitu menggemari artis ini.Banyak lagu dan cd2 yang dia beli.Kalau dia surf internet mesti dia surf pasal fauziah latiff dan download lagu-lagu dan klip fauziah latiff dari youtube.Jadi kali ini aku nak dedicatedkan entryku ini buat isteri tersayang.Sedikit sebanyak pasal Fauziah Latiff :

Fauziah Latiff cantik menawan

1)Nama sebenarnya adalah Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff.Lebih mesra dengan panggilan Jee.

2)Dilahirkan pada 5 December 1970 (39 tahun, tahun ini)
Senyuman manis buat peminat
3)Telah mengeluarkan lebih daripada 17 album antaranya Di Gamit Memori, Kau Merubah Segalanya, Kini, Fauziah Latiff Dia, Fauziah Latiff No 1, Di Sebalik dan Pesona
4)Salah seorang juri untuk Malaysian Idol,realiti TV yang telah melahirkan artis popular dan berbakat seperti Jacklyn Victor
Dalam airpun tetap menawan
5)Turut berlakon dalam beberapa drama dan filem antaranya Rubiah, Lontong, Gelora di Hati Sara (favourite drama aku dan isteri,hehehe), dan Kudrat Iman.
6)Memenangi beberapa Anugerah seperti Penghibur Wanita Terbaik dari tahun 1991-1994, Video Muzik Terbaik (Sahabat) pada tahun 1996 untuk Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) dan Won the Award for Fiesta Kingsway’s Best Entertainer Of the Year (1989)
     Wah,kecantikannya mempesonakan.Patutla isteriku begitu meminatinya
7)Lagunya menjadi lagu pertama yang dinyanyikan oleh isteriku buatku .Inilah lagunya,sungguh syahdu dan menusuk kalbu :
Dia

Dia insan pertama yang bertakhta

Dia insan pertama yang kucinta
Dia pernah membuatku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah kusanjungi
Pergi sehingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi
Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bina rintangan
Antara aku dan dia
Cinta terhalang oleh orang tua
Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya

Lagu/Song:
Ross Ariffin

Lirik/Lyric:
Amran Omar

P/s :Tahutak camna nak dapat berjumpa dengan Fauziah Latiff?Ingin ku hadiahkan pertemuan dengan Fauziah Latiff buat isteriku.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Fauziah Latiff

Leave a Reply to yatie chomeyl Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.