Color Me Corby

Di bulan terakhir tahun ini, aku mengorak langkah ke depan untuk masa depanku.Ewah,berpujangga pula.Sebenarnya aku ingin bercerita pasal :

Samsung Color Me Corby Contest
Contest ini dianjurkan oleh Nuffnang dan juga Samsung Mobile Corby khas untuk Nuffnangers.75 Nuffnangers yang bertuah yang menghantar entry, mereka akan berentap sesama mereka dalam 4 pasukan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik iaitu “Samsung Corby mobile touch phone” untuk setiap ahli pasukan untuk pasukan di tempat pertama dan tempat kedua akan memenangi hadiah bernilai RM3,000.
Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu.Tertarik dengan pertandingan ini,saya pun ingin turut serta . Inilah warna Samsung Corby yang saya pilih :
Putih
Selain warna putih,warna Samsung Corby yang lain adalah merah jambu,jingga,dan kuning. Inilah gambar yang saya pilih sempena tema warna tersebut :
Malam Akad Nikahku dan Aku bergelar seorang Suami.
Inilah antara detik terindah, teristimewa, dan yang aku nantikan semenjak aku mengenali isteriku dan juga insan yang bergelar wanita.Begitu Indah dan warna ini memang bersesuaian dengan kehidupan dan dalam hidupku dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.
Kenapa warna putih yang ku pilih dan apakah kaitannya dengan hidupku?Bermaknakah warna ini dalam hidupku dan mengapa dalam banyak warna Samsung Corby,warna ini yang saya pilih.Inilah sebabnya :
1)Putih melambangkan kesucian,kebersihan dan keaslian.
-Semenjak aku berkahwin dengan isteriku,aku semakin menitik beratkan kebersihan dan perkahwinan ku dengan isteriku sebagai satu simbol kesucian untukku meneruskan hidup sebagai seorang suami .
2)Warna putih juga adalah satu titik permulaan
-Perkahwinan ku mengajar ku erti kehidupan yang lebih matang.Tidak mudah bergelar seorang suami.Banyak onak dan duri yang perlu ditempuhi,namun sekiranya kita tabah dan tidak mudah putus asa,ianya akan menjadi lebih mudah.
3)Salah satu warna kegemaranku
-Selain biru,putih adalah salah satu warna kegemaranku.Banyak pakaian ku berwarna putih begitu juga baju-baju yang kubeli untuk anakku dan warna putih juga salah satu warna bendera Malaysia,negaraku tercinta dan juga bendera tempat asalku,hitam putih iaitu Terengganu.
Putih juga banyak melambangkan sesuatu yang positif .Seorang pakar psikologi barat mengatakan warna putih mampu meningkat kecerdasan, dan bayi perlu didedahkan sebanyak mungkin dengan warna putih dan warna-warna lembut untuk membolehkan IQnya bertambah secara maksimum.
Satu lagi contohnya adalah pelajar sekolah dikehendaki memakai pakaian seragan yang berwarna putih. Walaupun ada yang mengatakan cepat kotor tetapi warna ini sebenarnya mempengaruhi kepintaran dan keseimbangan emosi pelajar. Tetapi sekiranya persekitaran sekolah dipenuhi dengan warna-warna garang maka tidak hairanlah kalau sekolah begini mempunyai masalah disiplin yang teruk.

(Sumber : http://husmawicvt.tripod.com/id7.html ).

Oh ya,aku juga memulakan hari pertama ke tempat kerja setiap mingu selalunya dengan kemeja warna putih, Aku tidak akan berputih mata dalam meneruskan kehidupan ini dan aku benar-benar mahu memenangi Samsung Corby berwarna putih.
Tidak lupa,beberapa keping gambarku/keluarga berpakaian putih dan kenapa warna ini yang ku pilih :
Bulan Maduku.Besttt!!!
Percutian/Ski Trip dan menikmati keputihan Salji.Antara percutianku yang tak dapat dilupakan.
Warna kegemaranku untuk puteriku.Comelkan dia tersenyum?Senyumannya mengindahkan hidupku.
Sebagai penutup,dengarlah serangkap pantun dari saya :
Putih bersih ,indah dan suci,
Warna kegemaranku Samsung Corby sudahlah pasti,
Janganlah lupa jemput saya sekali,
Pilih saya, Hari Karnival Samsung Corby di Sunway Lagoon Extreme Park sudah pasti saya pergi.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Color Me Corby

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.