Aku Rindu Kenangan Itu


Kenangan Lalu
Aku rindu kenangan itu
Kenangan lalu kisah muda-muda dahulu
Bumi UK bumi bertuah ku pijakkan kaki di situ
Terimakasih buat JPA kerana menajaku
Jasamu tidak ku lupa tanpamu siapalah aku
Oh aku rindu kenangan itu
Lancaster University tempatku belajar dulu
Tempatnya cantik udara nyaman bertiup tersipu-sipu malu
Waktu pagi arnab-arnab melompat ku nak kejar bukan dayaku
Sungguh pantas masa berlalu
Aku rindu oh aku rindu
Bermain ski, salji memutih sungguh salju
Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagu
Bercermin mata sekejap sahaja untuk studyku
Dapat subsidi untuk pelajar bagus sungguh inisiatif itu
Bilakah aku dapat kembali ke situ?
Isteri tak habis-habis ajak bercuti aku buat tak tahu
Duit belum cukup itu alasan sebenarku
Sememangnya aku cukup rindu
Kenangan itu oh membawa erti beribu-ribu
Aku Rindu Kenangan Itu

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Aku Rindu Kenangan Itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.