Aisya Sofea – Yang Sebenarnya

Semasa di Johor aritu,sempatlah singgah di MPH.Sempatlah beli beberapa jenis buku.Beli ni pun sempena promosi MPH+syarikatku dapat diskaun sehingga 40% untuk pembelian buku ,maksimum pembelian sehingga RM400.Inilah buku yang ku beli :

Aisya Sofea – Yang Sebenarnya dan 100 Esei Inspirasi & Motivasi untuk Pelajar
Inilah masanya sempat untuk aku nak membeli buku bila ada diskaun camni.Aku memang suka baca buku-buku inspirasi dan esei-esei pendek.Santai dan menenangkan fikiran.Novel ni pula aku beli kerana saja nak membaca novel.Dah lama tak baca novel,lagipun tajuknya itu menarik hatiku dan novel ini mendapat jualan antara 10 novel terlaris di MPH Johor Bahru.
Sebelum ni,novel-novel cinta ni memang aku tak brapa nak layan mana.Tiada masa.Tapi kalau Novel Cinta Ahadiah Akasyah memang aku suka benar,contohnya Lagenda Budak Setan 1 dan 2,berkali-kali aku baca.Pilot Cafe pun best juga.
Inilah sinopsis cerita Aisya Sofea -Yang Sebenarnya yang membuatkan aku membeli novel ini :
“TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu… cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa…

Lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya! “
Agak-agaknya bila la sempat aku baca buku-buku ini ya?
P/s :Ada sebarang cadangan untuk buku-buku lain yang menarik?Time camni la masa yang sesuai untuk membeli.
Topics Uncategorizedtags

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Aisya Sofea – Yang Sebenarnya

Leave a Reply to faiq Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.