Tanda-tanda Si Dia Jatuh Cinta

Cinta oh Cinta


Tanda pertama mudah sahaja
Susah lelapkan mata asyik teringat si dia
Mandi tak basah tidur pun tak lena
Ingatan kepada si dia susah dilupa

Perasaan hati mula berdebar
Berdegup kencang berjumpa si dia
Kelam kabut dan kadang-kadang menggeletar
Bila mata bertentang mata

Masa dulu buat-buat tak tahu
Sekarang pula asyik nak ambil tahu
Bertanya si rakan tak segan silu
Renungan si dia menyentuh kalbu

Hai geramnya asyik cemburu
Bila si dia berbual dengan orang yang lain
Mulalah rasa nak pergi melulu
Berbual sakan bukan main

Tidak tertahan menanggung rindu
Asyik terkenang wajah di dia
Ingatkan si dia dan tertunggu-tunggu
Bilalah lagi dapat menatap wajahnya

Bergayut di telefon adalah lumrah
Monyet lalu buat tak indah
Bayaran mahal buat tak kisah
Demi si dia berhabispun berhabislah

Hai,alahai citarasa berubah
Rock habis dah jadi jiwang pula
Lagu rock tak layan sudah
Lagu sentimental mencari inspirasi memikat si dia

Dulu selekeh sekarang bergaya
Penampilan dijaga menawan si dia
Dulu kosong mekap pun tak ada
Sekarang penuh untuk nampak mempesona

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

6 thoughts on “Tanda-tanda Si Dia Jatuh Cinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.