Status Halal Old Town White Coffee

To be honest, restoran ni memang antara restoran kegemaranku sebelum ini.Ini disebabkan makanannya memang sedap terutamanya kegemaranku roti bakar,nasi lemak, white coffee, mee kari, dan juga telur separuh masak.Harganya pun boleh la tahan dan suasana makan di situ santai dan menenangkan.

Restoran Old Town White Coffee
Aku yakin makan di sini sebelum ini kerana setiap kali pi kedai ni ada tanda halal ditampal,ada pekerja beragama Islam,  dan ramai pengguna Islam yang berkunjung disitu.Desas-desus ada kudengar katanya restoran ini banyak menyediakan makanan yang diragui halalnya namun aku belum jumpa sumber yang mengesahkannya ketika itu .
Namun,minggu lepas aku dapat sendiri e-mail yang diforwardkan oleh rakan sekerja ku.Agak terkejut juga membaca e-mail tersebut dan aku mulala ragui status halalnya.Alamak,camne ni?Tak boleh jadi,aku pun terus pi website JAKIM di  http://www.islam.gov.my  dan aku pun menggunakan perkhidmatan/link e-mail kakitangan dan sayapun copy&paste kan e-mail tersebut dan hantar ke beberapa kakitangan JAKIM.
Selang beberapa hari ,saya mendapat jawapan mereka .Inilah jawapan yang mereka berikan :
Jawapan pertama
Jawapan kedua (lebih meyakinkan)

Maklumat seperti yang diberikan dari link tersebut : http://www.halal.gov.my/aduan_siar_c.php?id=8741&a=U
Inilah copy utk pertanyaan diatas yang telah dikemukan oleh seorang pengguna pada 12 Dec 08 (agak terkejut kerana tiada hebahan media dan tak sampai maklumat ini kepadaku)
Soalan : Saya ingin bertanya tentang sijil halal bagi WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam. Adakah premis ini mendapat sijil pengesahan halal bagi semua produck dan bagi semua outlet?
Jawapan :Assalamualaikum.. Old Town White Coffee memiliki sijil halal daripada Jab Agama Islam Perak hanya untuk produk coffee 3 in 1 dan pelbgai variasi coffee & tea segera. Sementara bagi premis makanan / restoran, TIADA rekod syarikat ini memiliki sijil halal daripada HDC, Jab Agama Islam negeri atau Badan Islam yang diiktiraf.
P/s : Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.Apapun,lepas ini aku akan lebih berhati-hati dalam memilih restoran/kedai makan agar apa yang aku makan tidak diragui halalnya.Cuma yang aku harapkan pihak JAKIM dapat menghebahkan perkara-perkara seperti ini di media masa agar kami sebagai pengguna mudah untuk membuat pilihan/tidak termakan makanan yang tidak halal.Tepuk dada,tanya selera.Yang sedap memang susah nak resist kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “Status Halal Old Town White Coffee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.