Nur Kasih Episod Terakhir

Nur Kasih Episod Terakhir
Sinopsis : Aliya memberitahu Nur Amina bahawa dia redha jika aidil berkahwin dengan Nur Amina. Nur Amina berang kerana mereka beranggapan dia tidak mampu hidup sendiri. Nur Amina menolak dan tetap setia menunggu Adam pulang.
Nur Amina mengambil keputusan untuk bekerja semula di syarikat milik Adam. Pada mulanya, mereka semua keberatan tetapi akhirnya mereka memberi kebenaran..

Ketika menaiki keretapi untuk ke Kuala Lumpur, Nur Amina bertemu dengan Adam. Nur Amina membawa Adam pulang. Mereka semua terkejut bercampur gembira melihat kepulangan Adam.

Mengujakan,hebat,dan memang sesuai ditonton seisi keluarga.

Serba sedikit sedutan episod terakhir kali ini :

1)Aliya meminta Nur Amina berkahwin dengan suaminya demi ibu mertua tercinta dan sayangkan Nur Amina.

2)Nur Amina memarahi teruk Sarah kerana suka mengapi-apikan Nur Amina dengan Aliya.Sarah ditimpa kemalangan,dihempap kaca ketika cuba lari selepas dimarahi Nur Amina.

3)Adam masih hidup dan berada di sebuah gua.kesian tgk keadaan Adam ketika itu.

4)Nur Amina tidak bersetuju kahwin dengan Aidil.Sarah selamat dari kemalangan namun luka di muka.

5)Adam diselamatkan pihak berkuasa di dalam gua.Adam pulang ketika majlis kesyukuran.Adam berjumpa dengan Nur Amina di dalam keretapi dan mereka pulang ke kampung.Adam menyedari yang cinta Aidil hanyalah untuk Aliya.

6)Happy ending.Biasalah cerita melayu,mesti ending nya happy.Kalau tak kan ramai yang nangis2 dan marahkan TV3 pula nanti. Sebagai penutup dengarlah serangkap pantun dari saya :

Nur Kasih habislah sudah
Filem pula untuk peminat setia
Bagi saya memang puas hatilah
Anda pula bagaimana?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Nur Kasih Episod Terakhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.