Fikirkan Positif

Perasaanku agak murang dan kecewa sejak 2 tiga harini.Banyak faktor yang mencetuskan perkara ini terutamanya memikirkan ayahku yang baru keluar dari hospital, ditipu penjual rumah selepas hampir setahun menunggu/pinjaman telah diluluskan, masalah adikku, dan sebagainya.
Namun,roda-roda hidup mestilah diteruskan.You will have your Good Luck and Bad Luck as well.Apapun,hidup mesti diteruskan dan camna cara kita menghadapinya yang akan menentukan hala tuju hidup kita.Apapun yang berlaku,fikirkanlah positif dan ingatlah,Tuhan menguji kita kerana dia sayangkan kita.Ujian dan pengalaman hidup mematangkan diri untuk menempuhi ranjau dan duri kehidupan.
Sedikit kata-kata peransang dari diari peribadiku yang diambil beberapa tahun yang lepas.Kata-kata ini telah banyak membantu aku di masa lepas ketika aku berada di dalam kesusahan dan berada dalam keadaan tidak keruan.Semoga ianya dapat dijadikan panduan :

Berfikiran positif dapat memberikan ketenangan fikiran dengan lebih cepat berbanding sebotol ubat penenang
Permata hidup : Kesihatan dan ketenangan fikiran.Jagalah ia sebaik mungkin
Berazamlah untuk memerhati atau mempelajari sesuatu yang baru setiap hari.Ia akan menajam dan mengaktifkan fikiran.
Penawar rasa bosan :Tentukan satu matlamat
Selami dengan berfikir akan kegemilangan, dan anda akan lihat kegemilangan ;tetapkan minda di kemuncak,dan anda akan berada di kemuncak

Jika tidak mencuba sesuatu kerana takutkan kegagalan, anda membuang dua kali ganda kejayaan

Setiap kali kita menyerah kepada sesuatu kelemahan,kita akan lega seketika,tetapi yang mana anda suka,kelegaan sementara ataupun kebebasan selamanya dari sikap lemah.

Mula-mula wujudkan matlamat; ia lebih mudah,hampir secara automatik membina ANDA.Berusaha mencapai matlamat menghasilkan segala keperluan untuk mencapainya

Beranggap baiklah tentang diri anda kerana dua sebab . 1)Anda akan menjadi apa yang selalu kita fikirkan 2)Orang lain menerima kita berdasarkan nilai lahiriah kita
Matlamat yang ditulis cenderung untuk menarik segala keperluan untuk menjadikannya satu kenyataan.Bagaimana ia terjadi tida sesiapa yang memahaminya.
Topics Uncategorizedtags

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

3 thoughts on “Fikirkan Positif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.