Contest : Menangi Tiket Ice Skating di Sunway Pyramide

STICKY MODE FOR ONE WEEK

Sambungan kepada entry saya sebelum ini I Won the 3rd Prize for Project Alpha Blogging Contest , di sini saya akan anjurkan Contest untuk melayakkan anda memenangi tiket Ice Skating di Sunway Pyramide yang bernilai RM20 setiap satu.

Sebenarnya,dari awal lagi nak adakan contest ni selepas memenangi Project Alpha Blogging Contest.Namun atas nasihat Redmummy iaitu tunggu sehingga pelawat ke blog saya mencecah ‘500 unique visitor’ barulah adakan contest ini,saya tangguhkan niat saya dahulu.

Namun,selepas entry saya yang bertajuk Project Alpha – The Cheerful Jojo Struys memenangi tempat keempat dalam pertandingan Project Alpha Blog Contest untuk minggu keempat , saya nekad untuk mengadakan Contest ini walaupun visitor di blog saya baru mencecah 150-280 sehari.Maafkan saya ye redmummy,bukan taknak dengar nasihat,tapi tiket ni expired 31 Dec 09.I just afraid that i unable to reach 500 unique visitor per day by end of Dec 09. Apapun,saya masih peminat setia redmummy.

Lagi satu sebab adalah saya risaukan Contest ni tidak mendapat sambutan daripada pembaca blog saya.Almaklumlah,saya ni baru bergiat aktif di dunia blog mulai Sept 09.Takpelah,saya cuba dulu.Kalau ada sambutan,lepas ni  boleh saya adakan Contest yang lebih menarik lagi di blog saya.Anggaplah ini sebagai percubaan pertama saya.Ada sambutan atau tidak, sekurang-kurangnya saya mengambil inisiatif untuk menghargai pembaca blog saya.Ewahh,masuk bakul angkat sendiri la pula.Hehehe….

Ok,apa yang perlu anda buat untuk memenangi hadiah ini :

  1. Anda hanya perlu tinggalkan komen anda di entry ini .Komen pasal dalam banyak-banyak entry saya sepanjang Oktober 09,entry mana yang paling anda suka/tak suka dan kenapa?
  2. Dan satu lagi komen diperlukan di link ini : Project Alpha – BeautifulNara Terlampau .Komen la tentang pendapat anda pasal entry saya ini ye?Tak kisahla + or – .Mungkin saya boleh memperbaiki mutu penulisan saya di masa depan.
  3. Selesai, tak perlu nak linkkan saya atau Follow Me.Tapi kalau anda mahu,itu terpulangla kepada anda.Ianya tidak akan diambil kira untuk menentukan siapa pemenang nanti.
Saya akan memilih sendiri pemenang berdasarkan komen yang saya rasakan terbaik.Jangan lupa tinggalkan link blog anda supaya mudah saya menghubungi anda/mengunjungi blog anda sekiranya anda memenangi Contest saya ini.
Contest ini akan berlangsung mulai hari ini (27 Okt 09) dan berakhir pada 3 November 2009(Selasa) dan senarai pemenang akan saya paparkan di blog saya pada 5/6 November 2009 ataupun selewatnya seminggu selepas itu.Saya akan buat post ini ‘Sticky’ selama seminggu.Jadi,untuk ‘latest update’ scroll la ke bawah ye.

Inilah hadiah yang bakal menanti anda :

Ice Skating Tiket di Sunway Pyramide

Pemenang pertama :
2 tiket Ice Skating di Sunway Pyramide bernilai RM40  dan saya akan review blog anda di blog saya berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri.

Pemenang kedua :
2 tiket Ice Skating di Sunway Pyramide bernilai RM40.

Pemenang ketiga :
1 tiket Ice Skating di Sunway Pyramide bernilai RM20.

Jadi,apa tunggu lagi.Komen-komenlah dan Semoga Berjaya.

P/s :Please vote for me for 2012 Contest at http://2012.com.my/default.asp?preselpid=163 .If i win, I will organize more contest with more interesting prize to my readers.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “Contest : Menangi Tiket Ice Skating di Sunway Pyramide

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.