Bersihkah Air yang kita minum?

Bersihkan air yang kita minum seharian?Berbalik kepada entry saya bulan lepas yang bertajuk Bio Aura Hai-O .Sebelum saya meneruskan,ingin saya tekankan di sini saya bukannya penjual produk ini mahupun mendapat bayaran mempromosikan produk ini.Hanya ingin berkongsi pendapat sahaja berkenaan produk ini selepas menggunakannya lebih sebulan.

Minggu lepas aku bukan kotak depan dia .Terkezut sakan bila lihat hasilnya :


Penuh kekotoran dan menggelikan
Keruh dan lemak berkrim
Aku pun bukalah filter tu supaya dapat ambil gambar dengan lebih jelas dan inilah hasilnya :
Likat dan cantikkan?Hehehe…
Akupun bersihkan filternya (kena tukar setahun sekali) dan kena bersihkan ia sekerap mungkin.Sepatutnya 2 minggu sekali,tapi kerana terlupa baru sempat bersihkannya.Bayangkanlah,itu kotoran tak sampai 2 bulan,selama ni bertahun-tahun air yang kumasak terus dari paip air dan lepas tu tanpa sebarang filter,camne pula?

Inilah hasilnya selepas dibersihkan.Putih dan bersih
Inilah testimonialku sepanjang menggunakan produk ini hampir 2 bulan :
1)Payau skit.Ubat pun pahitkan.Aku biasanya akan masak balik air yang sudah ditapis.
2)Lebih bertenaga dan kurang sedikit rasa keletihan
3)Rasa lebih yakin untuk minum airnya apabila bukti sudah terhidang di depan mata
Terimakasih puteriku.Kalau tak kerana puteriku,mungkin aku tak pakai water filter bio aura hai-o ni.Sebelum ni pernah beli 2 kali penapis air biasa dari Carrefour,tapi asyik bocor sahaja.Mujurlah ada saudara isteriku yang menjual produk ini dan boleh bayar ansurans,RM100 je sebulan,kurangla skit beban dan nak bayar pun senang.
Jadi,saya cadangkan terutamanya kepada yang duduk di KL atau Selangor,pakailah water filter untuk kepentingan sekeluarga.Apa2 produk yang bagus pun tak apa,tak semestinya Bio Aura Hai-O,ikut budget dan kemampuan.Perkara yang remeh kadang-kadang kita lupakan.Di kemudian hari,andai terkena penyakit kerana minum air yang tak bersih nak salahkan siapa?
P/s :
Terimakasih tidak terhingga
Buat puteri comel jelita
Air yang bersih kuperolehi jua
Untuk kesihatan seisi keluarga

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Bersihkah Air yang kita minum?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.