Berkongsi Pengalaman : Masalah dengan Pinjaman Anda?

Di luah mati mak,ditelan mati ayah.Menjadi penjamin ataupun bila mengalami masalah kewangan,kadang-kadang kita lupa,alpa dan mengabaikan akan pinjaman yang kita buat dengan bank.Tak kiralah pinjaman peribadi, kereta, mahupun pinjaman perumahan.Bila sudah tidak keruan, mulalah menjadi kelam-kabut.Masalah untuk diselesaikan.Anda ada masalah dengan pinjaman anda?
Tak salah minta tolong bila bermasalahkan?
Inilah antara tips-tips yang boleh ku kongsi berdasarkan pengalamanku menjadi pegawai kutip hutang hampir dua tahun :

1)Jumpa pegawai yang mengendalikan pinjaman anda di bank tersebut dan buatlah ”proposal” dengannya

-Saya bagi contoh pinjaman anda sudah 6 bulan tidak bayar.Bayaran sebulan adalah RM1,000 tapi anda mampu bayar RM800 je sebulan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
-Cubalah berbincang dan buat surat proposal.Byk yang boleh dilakukan sebenarnya.Anda boleh cuba untuk reschedule/restructure balik loan anda.Cuba minta turunkan interest kalau boleh,actually in on bank discretion.I pernah tolong customer I dan berjaya waive more than RM200K for one customer.I think that is one of my biggest achievement masatu.Next time citer pasal ni.
-Pegawai pinjaman ini pun manusia.Mereka pun ada hati dan perasaan.Matlamat mereka adalah loan dapat disettlekan secepat mungkin.Tak kirala apa caranya,kalau bincang elok-elok dan kena dengan caranya,memang tiada masalah.Masa di tempat kerja lama,saya berjaya reschedule/restructure/approvekan proposal  peminjam lebih dari 20 proposal sebulan.
2)Minta tolong dengan BNM atau lebih tepat lagi BNM Link(ditubuhkan pada tahun 2007)
-Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bnmlink adalah :
i)Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai sektor perbankan dan insurans di Malaysia;
ii)Pengguna produk dan perkhidmatan kewangan yang ingin mencari maklumat mengenai dasar dan garis panduan industri perbankan dan insurans;
iii)Menerima pertanyaan am dan aduan orang ramai dalam hal-hal yang berkaitan dengan sektor kewangan;
Ini lebih tepat terutamanya bila proposal anda kena tolak bulat-bulat .Biasalah,bank biasanya akan demand higher daripada apa yang anda mampu.
-Tahukah anda,kelulusan proposal anda akan lebih lenient bila anda cc kan surat proposal anda kepada BNM ataupun buat aduan ke BNM bila proposal anda ”direject” tanpa sebab yang munasabah?
-Surat aduan/cc proposal anda bolehlah dihantar ke sini :
Unit Pengurusan Aduan dan Khidmat Nasihat,
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
50480 KL.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

8 thoughts on “Berkongsi Pengalaman : Masalah dengan Pinjaman Anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.