Artis Popular minta tandatangan dariku

Cerita ni dah lama sebenarnya.Tahun 2000 kalau tak silap,  selepas aku baru sahaja menamatkan zaman belajarku dan menanti keputusan SPM.Sambil-sambil tu buatla kerja sambilan sebagai pump attendant dekat rumah nenek ku.Yerlah,dulu kehidupanku susah,jadi sambil  menunggu result SPM buat la apa kerja yang patut.
Suatu hari aku di datangi oleh seorang artis.Cukup popular artis tu.Ramai orang datang mengerumuninya dan minta tandatangan darinya.Aku masatu buat dek jer,yerlaa,boleh buat apapun dengan tandatangan tu,bukannya ble jual dan aku bukannya pengumpul tandatangan artis.
Artis tu bila tengok aku buat dek je dan taknak ambil tandatangan dia (perasan sendiri), mula la jeling-jeling aku.Tiba-tiba artis tu datang dekat aku.Dik,minta tandatangan ble?Waduhhh,terkezutt aku.Artis popular ni minta tandatangan dari aku.Dunia dah terbalik ke?Atau artis ni saje sindir aku?Hahaha,apapun,aku pun tandatangan la.Dia dah minta,tak kasi kesian pula.Kan nangis dia kat situ ,sape yang susah?Aku jugak….
Nak tau siapa artis tu?Mehla saya perkenalkan.Kalau siapa tak kenal,boleh tanya Fasha Sandha,BeautifulNara ataupun Budiey .Cerita ni blom keluar mana-mana blog lagi ni.Inilah dia :
Awie
Fuhh,walaupun sudah hampir sepuluh tahun berlalu,pengalaman yang mengujakan ini tak dapat kulupakan.Tak sangka,ada juga artis popular yang dahagakan tandatangan ku .Kalau aku sempat ambil gambar masatu,kan bestkan?
Scroll Down
Down Lagi
Lagi-lagi
…………………………….
……………………………….

P/s : Sebenarnya,dia minta tandatangan ku kerana resit petrol yang dia isi untuk motosikalnya(diisi olehku) di tempat aku bekerja,aku lupa nak sign (purposely ke?).Jadi,dia minta la tandatangan untuk resit itu.Mungkin untuk claim ngan company ataupun memang Awie ni keep track on his spending.Cayalah….Masatu,dia bawa motosikal Virago,baru balik bercuti dengan bekas isterinya,Arni Nazira.

Comments

  1. Kamsiah says

    hemmm…ending yg melucukan…
    btw..saya pun bkn jenis kemaruk artis..takde la nak bergambar,mintak sign kalau jumpa..haha lain la kalau jumpa obama ke..david beckham ke

  2. hOtMaMa says

    aiyoo…mrasa gak artis minta tandatangan katanyer… tak per la w/pun ceuma nak kena tandatangan resit je kan…hihihihi

  3. says

    hidup-hidup dihanggitkan oleh bro eyriqazz..hahaha..gua mati-mati hampir diperdaya..jalan cerita teratur tuh yang buat gua hampir-hampir percaya..apa pun tak boleh…hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing