Ada apa dengan Cinta


Ada apa dengan cinta (Gambar kredit to http://www.mohdalhafiz.com/)

Bila bercinta Indah belaka
Bagai dunia kita yang punya
Bila clash lain la pula
Menangis terlolong tak ingat dunia
Cinta sejati tiada toloknya
Nak mendapatkannya susah juga
Indah khabar dari rupa
Sangkakan di bawa ke jinjang pelamin,rupanya buaya
Merajuk si dia dipujuk sahaja
Teddy bear atau bunga senjata biasa
Taktik lelaki sepanjang masa
Usah keliru usah gelana
Kalau dah jodoh tidak kemana
Ada pula sudah berpunya
Jumpa yang cantik dan menawan buat-buat lupa
Aku hanya mengingat sahaja
Akupun dulu pernah alpa
Cinta ditabur ku abaikan ia
Cinta yang tulus kubutakan mata
Hanya kerana aku dan dia punya ciri dan perwatakan yang serupa
Ku pohon maaf andai si dia membaca
Tiada niat untuk ku memaksa dan menduga
Dikau memang insan istimewa
Aku sahaja yang tidak pandai menghargainya
 Namun jangan pula kita lupa
Cinta yang Agung pada Pencipta
Ingatlah hidup ini hanya sementara
Buatlah baik berpada-pada
Agar kita diredhai yang Maha Esa

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

8 thoughts on “Ada apa dengan Cinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.