≡ Menu
Terimakasih Nuffnang.Kali ini kali kedua dapat jemputan dari Nuffnang untuk menyaksikan filem 2012 yang bakal ditayangkan pada 12/11/09 di seluruh Malaysia.Agak sesat jugala mula-mula nak pi Cathay Cineplex Damansara kerana ni kali pertama aku pi sana.Sempatla sampai sana dalam pukul 815 malam.

2012 Movie
Tanpa melengahkan masa, inilah review dariku :
1)Susunan ceritanya agak bagus ,disusun dengan kemas dan jalan ceritanya mudah difahami dan boleh diagak.
2)Special effect dia memang best,walaupun pelakon nya kurang ternama namun lakonan mereka agak bagus.
3)Siap ada blogger/DJ radio lagi dalam cerita tu. Part ni kelakar skit.Blogger ni memang kreatif,siap ada dinosour,kartun-kartun,dan sebagainya.Aku rasa kalau dia masuk contest Nuffnang,mesti dia ni menang.
4)Sound system agak kuat sedikit,mungkin aku kurang biasa tengok wayang kuat-kuat kot.
5)Rating ku : 7/10 . Ceritanya menarik tapi tak sebest Titanic ataupun The Law Abiding Citizen.Apapun,lain padang lain belalang kan?
Oh ya,pada hari tersebut Hitz.fm dan Radio Erra turut buat Premiere Screening.Memang meriah dan ramai la cuma screening tu di tempat yang berlainan.
Dalam masa yang sama,beratur awal,dapatlah gift yg Nuffnang kasi.Hadiah dikasi secara rawak jadi hadiahnya berbeza-beza bergantung pada nasib masing-masing. Apapun,terimakasih Nuffnang,rezeki jangan ditolakkan?
Limited Edition 2012 Compass Keychain worth RM 50 .Gift paling menarik adalah Jacket worth RM 250.Grand Prize Sony Playstation 3 dimenangi oleh Audrey.Tahniah Audrey.
Sebelum tengok wayang,sempatlah kami pi makan di :
Bubba Gump Shrimp Co.Opps,silap,tak jadi makan di sini kerana restoran ni turut serve minuman keras.Jadi,kami beralih angin dan pi:
Kenny Rogers.Nyam,nyam,sedap!!!Favourite restoran wife aku ni.
Terimakasih Nuffnang  atas tayangan perdana ini.
P/S : Jangan lupa saksikan 2012 Movie ni.Bagi peminat filem aksi dan sukakan filem yang special effect seperti bangunan-bangunan runtuh, tsunami, dan gunung berapi,filem ini memang sesuai untuk anda.Tepuk dada,tanya selera.



Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

  • SUXX 14 November 2009 at 4:50 am

    blom tgk lagi. ada org ckp jln cerita ok. tapi grafik da mcm cerita HULK, mmg gagal grafik mcmtu.

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge

    WP-SpamFree by Pole Position Marketing

Leave a Comment

WP-SpamFree by Pole Position Marketing