Pinjaman Peribadi

Pinjaman Peribadi.Tentu ada diantara anda yang pernah mempunyai pengalaman mendapatkan pinjaman peribadi ataupun tengah berkira-kira untuk membuat pinjaman peribadi.Yelah,kalau tak berhutang tak sahkan terutamanya bagi sesiapa yang sedang mengalami masalah kewangan seperti nak tolong saudara-mara, kahwin, nak beli rumah baru dan sebagainya.
Kalini,saya ingin berkongsi pengalaman saya berkenaan pinjaman peribadi ini supaya memudahkan dan menjadi panduan kepada anda yang ingin mendapatkan pinjaman peribadi.Setakat ini saya sudah berjaya mendapatkan pinjaman peribadi dari lebih 3 bank terkemuka di Malaysia ini.
Disini saya ringkaskan mengenai pinjaman peribadi tersebut beserta kelebihan dan kekurangan supaya mudah untuk anda membuat perbandingan untuk memilih bank bagi membuat pinjaman peribadi.
1. UOB Bank
@Pinjaman sebanyak RM5,000.00.Pinjaman diambil untuk membayar tunggakan rumah mak di kampung.
Kelebihan :
-Tanpa penjamin
-Gaji bawah RM2,000.00 layak memohon (masatu tahun 2005,sekarang kurang pastila pula)
-Kelulusan yang cepat,kurang dari 2 minggu rasanya
Kekurangan :
-Kadar faedah yang tinggi.11.38% setahun pada kadar tetap
-Denda dikenakan sekiranya membuat pembayaran keseluruhan lebih awal dari tarikh matang
-Susah nak membuat pembayaran kerana tak banyak cawangan UOB di Malaysia.
2. OCBC Bank
@Pinjaman sebanyak RM12,000.00.Pinjaman diambil untuk perbelanjaan perkahwinan (hehehe,masatu duit simpanan manalah banyak sangat,jadi terpaksalah buat pinjaman peribadi)
Kelebihan :
-Kelulusan yang cepat,kurang dari 2 minggu rasanya
-Tiada denda dikenakan untuk pembayaran awal keseluruhan
Kekurangan :
-Kadar faedah yang tinggi.10.5% setahun pada kadar tetap
-Susah nak membuat pembayaran kerana tak banyak cawangan OCBC di Malaysia.
3.RHB Bank
@Pinjaman sebanyak RM7,000.00. Pinjaman juga diambil untuk belanja kahwin (Ingat senang ke nak kawin?Lelaki sekarang kalau takde at least RM25,000.00 susah juga nak uruskan perbelanjaan kahwin)
Kelebihan :
-Kelulusan yang cepat.Kadar faedah mengikut baki berkurang (12%,lebih kurang 7% kalau mengikut kadar tetap).Bermakna lagi byk kita bayar,lagi berkurangla faedah bulanan dan lagi cepat bayar habis)
-Tiada denda dikenakan untuk pembayaran awal keseluruhan
Kekurangan :
-kadar faedah bolehlah dikatakan masih tinggi
Jadi,kalau saya mana satu saya nak cadangkan ye?Anda fikirkanlah sendiri.Namun,bagi kakitangan kerajaan,badan berkanun, syarikat swasta(bayaran boleh dibuat melalui potongan gaji) yg panel dengan bank yang bakal saya cadangkan ini,inilah antara yang terbaik untuk pinjaman peribadi.Bank mana ye?Cepatla cakap….
Jeng,jeng,jeng…..
Bank Rakyat,Bank pilihan Anda
Mengapa saya cadangkan bank ini ye?Inilah sebab-sebabnya :
-Pinjaman RM30,000.00 (untuk bayar semua pinjaman peribadi yang lain, kredit kad, dan rumah mak di kampung).
-Kadar faedah yang rendah.Kes saya saya dpt kurang dari 5.5% setahun.
-Bayaran sehingga 15 tahun
-Kelulusan yang cepat
-Bayaran melalui potongan gaji.Tak perlu risau nak pergi bank in tiap-tiap bulan ataupun terlewat bayar
-Dapat RM500 saham koperasi(ditolak dari pinjaman).Anda tentu tahu kan kadar dividen Bank Rakyat Malaysia secara puratanya 15% setahun.Tahun depan katanya Bank Rakyat ingin mendapatkan kelulusan menambah saham koperasi sebanyak RM2 billion lebih.Menarik bukan?Sekarang ni yg tgh ”queu” untuk saham ini melebihi 50,000 orang.Nama saya mungkin ke 100 ribu ke atas.Tapi,mana tau tahun depan kalau ada rezeki dapat tambah lagi kan?
-Yang paling penting ,bayaran bulanan dah berkurang.Alhamdulillah,lega dan rezeki anak.
 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

63 thoughts on “Pinjaman Peribadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.