Komenku Pasal Bajet 2010

Ramai orang sedang sibuk bercakap pasal Bajet 2010.Ni sedikit ringkasan menarik mengenai Bajet 2010 dari blog sharinginfoz :

Ringkasan Bajet 2010/Summary of Budget 2010

Aku taknak komen lebih pasal budgetni,hanya nak berkongsi + dan – untukku dan keluarga melalui Bujet 2010 ini :

  1. Pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500 setahun (2010-2012) bagi langganan broadband (+RM500,ishh penting broadbandni,result Pimpmybroadband Digi bila nak kluar ye?)
  2. Penjawat awam kini boleh memperoleh pinjaman komputer sebanyak RM5,000 setiap 3 tahun jika dibandingkan setiap 5 tahun sebelum ini (+ point untuk isteriku,tapi isteriku cakap susah nak buat pinjaman komputerni,banyak yang kena isi.Kalau tak,kenapa pinjaman komputer isteriku pakai pinjaman syarikatku?Hehehe…)
  3. Bermula 1 Januari 2010, kerajaan akan memperkenalkan service charge sebanyak RM50 setahun dan RM25 setahun bagi pemegang kad kredit utama dan tambahan. Ini bagi mengalakkan perbelanjaan secara berhemah. (-RM100, both aku dan isteri pakai satu kredit kad)
  4. Pelepasan individu bagi tujuan cukai pendapatan individu dinaikan daripada RM8,000 kepada RM9,000 setahun (+RM1,000)
  5. Pemberian saguhati kepada penjawat awam berjumlah RM500 dipanjangkan juga kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 atau bersamaan dan juga kepada pesara jika dibandingkan sebelum ini hanya kepada staf kategori sokongan. Bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2009(Dapat juga bonus isteriku,tahun lepas dah tak dpt)

Apa pandangan korang,Bajet tahun ni :

Cantik atau tak? (Ini adalah Ayam dan bukannya Anjing)
Umm,my wish list untuk Bajet 2011 nanti
  1.  Pelepasan Individu ke atas faedah pinjaman perumahan/kereta/peribadi. Menggalakkan orang ramai membeli kereta/rumah disamping keuntungan bank bertambah dan secara tidak langsung pendapatan cukai kerajaan turut bertambah
  2. Pelepasan Individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM15,000 (tak banyakpun,lebih kurang RM1,250 je sebulan.Dekat KL ni banyak tu cukup untuk bayar sewa/pinjaman rumah,bil air/elektrik,dan bil telefon.
  3. 10% servis caj restoran tertentu seperti di Pizza Hut dimansuhkan.
  4. Servis caj kredit kad dimansuhkan untuk kredit kad pertama.Kredit kad dah macam keperluan sekarang ni.
  5. Kadar faedah daripada kredit kad daripada 18% setahun diturunkan kepada <10% setahun kepada pengguna yang membayar sekurang-kurangnya minimum payment tanpa gagal selama >1tahun.Pengguna yang baik dan kurang berisiko patut mendapat faedah yang lebihkan?
  6. Harga rokok dinaikkan 100% (hehehe,sorry perokok,saya tak suka rokok.Sebab rokokla ayah saya kena tibi dan bermacam-macam penyakit lain lagi)
  7. Pelepasan Individu ke atas pemberian wang kepada ibubapa.Sekarang ni hanya untuk perubatan sahaja.
  8. Ada sesiapa yang nak tambah?
P/s : Bajet 2010 negara sudah dikeluarkan.Bajet 2010 keluarga dan diri sendiri sudah disiapkan ke?Rancanglah perbelanjaan dan simpanan anda.Gagal merancang adalah merancang untuk gagal)

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

7 thoughts on “Komenku Pasal Bajet 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.