Kisah Seorang Pengasuh

Di suatu petang yang hening dan sejuk, aku dikejutkan oleh panggilan telefon oleh isteriku.Isteriku memberitahuku ada seorang makcik/pengasuh rakan sekerja nya ingin bertanya pendapatku mengenai kes pembiayaan rumahnya yang sedang dalam proses untuk dilelong oleh salah sebuah bank terkemuka di Malaysia.Aku bagitahu isteriku supaya menelefon kembali di waktu malam.


Gambar sekadar hiasan
Malam itu pengasuh  itu telefon aku kembali.Aku tengah membeli barang di Carrefour.Beginilah lebih kurang perbualan kami :

Pengasuh : Makcik betul-betul nak minta tolong dengan anak ni. Tadi baruje Bank XYZ (nama dirahsiakan atas sebab yg tak dapat dielakkan)  telefon.Katanya Bank Negara dlm proses nak saman makcik kerana bayar tak cukup tiap-tiap bulan.

Aku       : Bank Negara saman?Pertama kali saya dengar ni.Setahu saya Bank Negara tak pernah nak saman orang yang berhutang dengan bank-bank di Malaysia.
Pengasuh : Entahlah anak.Pening kepala makcik.Tak tahulah camne makcik nak kata.Income kami kecil.Suami akak gaji tak sampai RM1 ribu.Anak akak dua orang.Makcik pula mengasuh dapatlah RM200 sebulan.Inilah rumah tempat kami berteduh.

Aku     : Makcik dah lama tak bayarke?

Pengasuh   :Makcik tiap-tiap bulan bayar.Tapi tak cukup.Makcik patut bayar RM180 sebulan tapi makcik bayar RM100 je.Makcik bukan taknak bayar,tapi itu jer yang kami mampu.Kalau makcik bayar lebih,tak makan la keluarga makcik.Tolongla anak,makcik betul-betul buntu ni.
Aku :Camni la makcik.Saya bolehla bagi nasihat setakat yang saya tahu.
Pengasuh : Apa dia nak?Cikgu Fauziah yang suruh telefon anak ni kerana dia cakap anak ni boleh tolong dan nasihatkan.
Aku :Camni la makcik,ini yang boleh saya nasihatkan :
1)Makcik jumpa dengan pegawai bank tu.Bincang elok-elok dan cuba restructure balik loan makcik/kurangkan interest loan tu.Makcik bukan tak byr cuma tak cukup.Makcik terangkan lah masalah makcik.Mungkin dia faham dan sanggup terima cadangan makcik.
2)Makcik pergilah AKPK.AKPK  boleh cuba berunding dengan bank makcik tu.Walaupun kes makcik dan ada legal action tapi case to case basis diorang boleh consider lagi.
3)Makcik pergilah BNM.Pergi ke LINK.Makcik minta nasihat diorang dan cakap masalah makcik.Disana diorang boleh bagi nasihat yang bagus.

Pengasuh : Terima kasih anak.Kalau makcik telefon lagi nanti pasal halni bolehker ?Besok makcik akan cuba pi Banktu dan AKPK.

Aku :Boleh makcik.Hari ini hari makcik,kalau sesama kita tak tolong-menolong susahla kan?
Pengasuh :Terima kasih nak.Patutla Cikgu Fauziah betul-betul suruh telefon anak.
Aku :Benda kecil je makcik.Nanti apa-apa perkembangan kasitulah saya.
Pengasuh :Baiklah anak.
P/s :Tak patut pegawai bank tersebut ugut makcik tersebut konon-kononya BNM nak saman.Tak baik buat camtu,kalau nak kejar ‘target’ pun janganlah keterlaluan.Ingatlah,Customer Come First!!

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

7 thoughts on “Kisah Seorang Pengasuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.