Jalan-jalan di Putrajaya

2 minggu lepas, emak,nenek,adik-adikku ,dan sepupuku datang KL.Adik perempuan ku booking Apartment di Putrajaya.Khas untuk kakitangan kerajaan.Inilah pemandangan dari Apartment di Putrajaya tersebut (tingkat 14) :
Masjid Putrajaya
Jambatan Putrajaya
So far,oklah juga Kuarters Kerajaan ni cuma ianya tidak dijaga dengan betul.Yerlah,sampaikan kusyen di ruang tamu pun hilang,2 katil single rotan (setiap bilik/ada 3 bilik), dan tempat nak sidai tuala pun tiada.Setakat nak tidur oklah.Cuma Rm50 semalam.Camne nak booking?Untuk staff kerajaan,boleh booking di laman web ni : www.bph.gov.my
Sempat semalam je di Putrajaya kerana mak dan nenek ada hal di kampung.Jadi kami tak sempat pusing Putrajaya mana dan kami pi Nilai pagi tu.Boleh tahan,barang-barang di situ,murah-murah.Kami sempatlah memborong seratus dua ( tikar buluh, frame , dan baju-baju).
Petangtu baru sempat singgah di Masjid di Putrajaya dan bergambar di depan Bangunan Kerajaan.Apa nama bangunan ni ye?
Alamak,Putri takde.Nenek dia dah dukung bawa jalan-jalan ke Masjid Putrajaya

Sebenarnya byk tempat/aktiviti menarik untuk dikunjungi di Putrajaya,tapi atas masa yang tidak mengizinkan ,kami tak sempat pergi.Antaranya :

1)Naik Cruise Putrajaya
2)Jalan-jalan dan Shopping di Alamanda
3)Makan di Kampung Warisan (yangni kami sempat).Kat sini ABC dia memang sedap.Sate kajang pun ada dijual disini.Mee hun/Mee sup dia pun boleh tahan.
4)Apa lagi ye?

 

P/s :Please vote for me for 2012 Contest at http://2012.com.my/default.asp?preselpid=163 .If i win, I will organize more contest with more interesting prize to my readers.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

3 thoughts on “Jalan-jalan di Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.