Tips Menghadiri Temuduga

Temuduga.Tentu kecut perut juga mendengarnya terutamanya kepada graduan yang baru menamatkan pengajian.Bagi akupun,selepas lebih dari 5 temuduga barulah aku berjaya mendapat pekerjaanku yang pertama.

Ianya tidaklah semudah yang disangkakan
 
Disini aku ingin berkongsi sedikit tips menghadiri temuduga yang aku perolehi dari buku yang diterbitkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia,Kementerian Sumber Malaysia.Antara tips-tipsnya :
  1. Persediaan yang rapi bagi memastikan anda bersedia dari segi aspek fizikal dan mental.
  2. Keserasian. Ianya terjalan apabila calon dapat memenuhi kehendak panel temuduga manakala panel temuduga selesa berkomunikasi dengan calon
  3. 5 minit pertama adalah saat yang paling penting kerana masa inilah kebiasaanya akan dipergunakan oleh panel temuduga untuk mengenalpasti kesesuaian anda untuk diambil bekerja untuk syarikat tersebut.
  4. Faktor yang dititikberatkan oleh majikan  : sikap positif keatas pekerjaan, kebolehan berkomunikasi dengan baik secara tulisan dan percakapan, kebolehan untuk berhubung di pelbagai peringkat dan jawatan, yakin , fleksibel, motivasi yang tinggi, berkeupayaan untuk memimpin (leadership skill), boleh bekerja secara berkumpulan.
  5. Selidik tentang latar belakang syarikat 
  6. Menepati waktu. 
  7. Pastikan kod etika berpakaian seperti warna pakaian,jenis pakaian, jenis tali leher dan sebagainya
  8. Cara yang betul untuk mengucapkan selamat bertemu dan bersalaman dengan panel temuduga : i) bangun dan berdiri tegak,kemudian hulurkan tangan untuk berjabat salam bersama panel penemuduga ii) berikan senyuman ringkas yang menarik
  9. Bawa sesalinan ”resume” semasa menghadiri temuduga. 
  10. Bertentang mata secara berhadapan di dalam setiap sesi temuduga.Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentang mata dengan panel temuduga sebaliknya memerhatikan keadaan sekeliling.
  11. Perkara-perkara yang tidak baik dan tidak patut berhubung pergerakan badan yang boleh mengagalkan sesi temuduga : jawapan secara bersahaja ”Aah dan sebagainya, berpeluh secara berlebihan, menggoyangkan kaki, bermain dengan pensil sambil mengaju-ngajukan tangan, menggunakan slang ketika menjawab soalan,dan memotong percakapan panel temuduga.
  12. Mengutarakan soalan yang berkualiti.
  13. Terangkan mengenai diri anda (tell me about urself) : jangan cerita mengenai kehidupan anda,berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu.
  14. Kelemahan anda : beri jawapan yang negatif tetapi sebenarnya bagus/positif seperti ; Saya kadangkala kurang sabar tetapi ia membuatkan saya bekerja lebih baik,.
  15. Konflik dengan majikan terdahulu atau pensyarah anda . Awas,jangan termasuk dlm perangkap ini.Sekiranya ada,terangkan dengan cara yang positif
  16. Kenapa anda (Why You?) .Terangkan tentang sumbangan yang anda boleh berikan kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja lain yang boleh anda lakukan.

Bagi yang bakal menghadapi temuduga kerjayaan impian, saya syorkan untuk mendapatkan Rahsia Lulus Temuduga yang berkongsikan pelbagai tips temuduga.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.