Tipah Tertipu

Tipah tertipu di Lebuhraya Pantai Timur      
Semalam bukan main ”excited” nak balik kampung beraya di kampung.Plan asal nak gerak balik kampung dari rumah lepas berbuka namun selepas rakan sekerja menelefon MTD Sdn Bhd berkaitan kadar percuma tol kami membuat keputusan untuk pulang dlm pukul 1130 malam.
Begini cerita,rakan sekerja kami menelefon MTD Sdn Bhd berkenaan kadar tol percuma tersebut untuk membuat pengesahan adakah kadar itu dikenakan di ”opening point”,”exit point” or both.Selepas mendapat pengesahan ,staff disana mengatakan di ”Opening point”.Bermakna untuk kes aku,asalkan aku lepas daripada tol karak dlm pukul 12malam-5 pagi dan walaupun exit di Jabor pukul 8 atau 9 pagi aku masih layak mendapat kadar percuma ni.1st opening point,Gombak,lepas tak payah bayar,kedua di Bentong,lepas takyah bayar.
Akupun bawa kete rileksla memandangkan dah lepas opening point di Karak sebelum pukul lima pagi.Bawa kereta pun dlm 90km/j je lah dah singgah beberapa kali di tempat rehat.Dlm pukul 4 pagi,aku dah sampai di tempat rehat Kuantan.Memandangkan aku 1st time drive malam jauh-jauh aku dan isteri amik keputusan untuk bersahur di situ dan berehat sebentar di sana(tidur sekejap etc).Dlm kol 5 baru kitorang gerak dari situ.
Sampai di tol Jabor dlm kol 530 pagi,mmg penuh org.Akupun dah mula pelik,kenapa lama sgt org nak byr tol ni?sorang amik masa dlm 5 minit.Kata free?Sampai je turn aku,mamat tu dengan selamba kata , “RM21 bang”.Aku apa lagi,terkejut beruk la..Aku pun explain laa kat dia pasal member aku telefon b4 n etc.Dia kata,dia hanya menurut perintah.Kalau tak puas hati bleh komplen.Aku pun malas nak bertekak dan ramai lagi kereta di belakang akupun byrlah dan minta resit.Dia ngan selamba kata resit takde bang.Aduhh,apahal plak ni?Takkan dah habis?
Aduhai,mmg aku tertipu betoi.Tak puas hati,pagi tu aku telefon lagi MTD dan staff pompuan yg angkat.Katanya kat exit point la.Aku pun ckpla kat dia,knapa staff sbelum ni ckp lain?kalau aku tahu exit point,aku dah gerak balik lepas berbuka.Just kena byr kat tol Gombak dan Bentong camtu.Dia ckp dia akan siasat dan akan telefon aku balik sebelum akhir bulan ni.Tak puas hati betullah aku,lain kali ckplah dan explain betul-betul.Ni tak,kat surat khabar pun ckp untuk perjalanan 12-5pagi namun langsung tak mention exit or opening point tol.Mesti ramai yg teraniaya cam aku rasanya,.Yelah,depan aku ramai yg aku nampak menyumpah seranah dan tak puas hati ngan pegawai tol masa kat exit point di Jabor tol tu.Alahai,nasib-nasib,yg dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.
P/s :Lain kali,kasilah instruction betul-betul skit dan mudah org ramai faham.Jgn jadi seperti membuat sesuatu hanya sekadar ”ajak-ajak ayam” sahaja.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.