≡ Menu

Harini,kitorang satu keluarga + adik ipar berbuka puasa di Chicken Rice Shop.Entah apa mimpi/mengidam nak makan kat Chicken Rice Shop.Ptg tu aku dah minta wife aku bookingkan kat sana.OKje dan pihak restoran minta kami sampai untuk membuat tempahan makanan sebelum pukul 6.30 petang supaya juadah berbuka dapat disediakan dan sampai di meja kami sebelum berbuka puasa.

Balik tu terus bergegas pi Chicken Rice Shop.Sampaije sana dah dekat 6.30ptg,kasitau meja yg telah ditempah.Dengan selambanya seorang pelayan tu berkata , “Ohh,akak ni la yg tempah tadi bayar booking RM10?”.Sepatutnya kat sini nak booking RM50 seperti diberitahu isteri namun disebabkan isteriku tak bawa duit ,diorang terimaje.Nasib baik.

Kamipun terus order set yg untuk 3-4 org walaupun hanya kami bertiga.4pcs Ayam Kalio (boleh tahan,rasanya cam rendang),rojak buah (mmg best), 1/4 roasted chicken (pun sedap), pai tee (mmg favourite isteri akuni),Sai To fish ball sup (mmg best dihirup), Towfoo with oyster sauce (kami tukarkan dengan ben sproup (umm,ni favourite eden), Park choy with oyster sauce (kami tukarkan dengan pai tee), 4 bowls of rice, 4 bowls of soup dan 2 oz Soy pudina(special time ramadhan saje,rasanya cam minum air soya berpudina) ,7 up dan Ice Lemon Tea. Semua sekali termasuk tax RM77.Lebih kurang RM26 ringgit seorang.Rasanya berbaloi la dan puas hati.Semuanya habis kecuali satu pinggan nasi,2pcs ayam kalio dan sup.Kami tapau je,ble lah buat bersahur nanti.Jimatkan?

Alisya pula sejak sampai di Chicken Rice Shop mmg tak meragam,tidur je manjang.Habisje kitorang makan baru dia merengek nak susu.Nasib baik dah habis makan , kalau tak susah juga dibuatnya.Bsk nak try mana pulak ye?Last time pi makan kat Nandos,ble tahan jugak.



style="display:inline-block;width:728px;height:90px"
data-ad-client="ca-pub-6619684076142128"
data-ad-slot="9856135083">



Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

Leave a Comment

CommentLuv badge

about

Dikenali dengan panggilan Eyriqazz di alam maya, Seorang Pegawai Bank, Suami kepada Guru dan Bapa kepada 3 orang cahaya mata. More About Eyriqazz »