Anuar Zain

Kalini,aku nak cerita kisah aku terserempak dengan Anuar Zain.Kisah ni dah lama,dah hampir 6 tahun pun.Tgk gambar pun korang dah ble agakkan?

Begini ceritanya.Petangtu aku temankan rakanku untuk menghantar saudaranya yang nak pulang ke Malaysia.Kebetulan pula aku time tu tengah bercuti di London sempena cuti penggal universiti.Nak dipendekkan cerita,sampailah kami ke Heathrow Airport.Ramai jugak org yang tengah beratur nak check in.Tup-tup,aku nampak lah sorang mamat ni,rambut panjang,macam ku kenal,tapi di mana ye?Aku pun ckp laa kat member aku tu,mamat kat depan tu cam artis kan?Punyalah nak tergelak member aku tu sambil bercakap,ko tak kenal ke siapa dia tu?Tuh Anuar Zain laa.

Laa,yeker?Patutla cam kenal,nampak lain laa dia kan (nak cover malu…).Aku pun mengekorilah Anuar Zain tu bak seorang paparazi dan sampai je dekat ngan kaunter Mas aku cpt-cpt tegur dia.Bang Anuar Zain,nak amik gambar ble?Anuar Zain pun dengan tersenyum pun menjawab, “Apa Salahnya,mehlaa”.Awak ni student kat sini ke?Buat course apa….”Haah,mmg saya student kat UK ni,buat course Accounting and Finance.Akupun cepat-cepat suruh member aku tu amik gambar aku ngan Anuar Zain.Aku ajak dia ambil sekali,dia seganlah pula…Hehehe….Lepastu ,sempatla aku berborak-borak kecil dengan Anuar Zain.Dia pun dalam dah nak balik Malaysia.Datang UK pun saje jalan-jalan bercuti.Mmg peramah orangnya dan tak sombong.Itulah gaya artis yang kita mahukan.Tidak lokek dengan senyuman dan mudah melayan kerenah peminat.

Aku cukup suka dengan lagu Keabadian Cinta nyanyian,cukup merdu dan penuh bermakna:


Keabadian Cinta
Selembut bicara
Sehalus sentuhanmu
Layangan pesonamu

Tak mungkin ku lupa

Jelingan pertama
Nan indah penuh makna

Akan kusahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia

( korus )

Takkan lagiku sendiri
Kasih yang berlabuh kini
Terasa keabadian cinta kau beri
Mungkinkah daku bermimpiSebahagia begini
Ini bukan (nya) ilusi
Oh kasih

Seindah irama

Gemersik suaramu
Mengalun sepiku yang merindu

Tuhan merestui

Bahagia begini
Kasihmu nan suci
P/s :Skangni aku tgk Anuar Zain tak byk berubah,aku pula?Hehehe,kena start diet dan bersenam semula lepas raya ni…..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.